red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Surat oleh Lim Guan Eng yang dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya pada hari Khamis, 4hb Mac 2010: 

Pilihanraya Kerajaaan Tempatan untuk pemilihan Ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) 

4 Mac 2010

Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya

YBhg Tan Sri,

PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN UNTUK PEMILIHAN AHLI-AHLI MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) DAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PRAI (MPSP)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada 3hb Mac 2010 telahpun memutuskan supaya pilihanraya kerajaan tempatan diadakan untuk pemilihan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran sepertimana yang dinyatakan di atas. Oleh yang demikian, menurut Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Negeri ingin memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai.

3. Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi "Undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuada kepada Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan apa-apa pilihanraya yang lain daripada pilihanraya yang dinyatakan dalam Fasal (1)".

4. Undang-undang negeri yang menganugerahkan kuasa kepada kerajaan negeri sebagai pihak berkuasa negeri yang berkompeten adalah di antaranya Local Government Elections Acts 1960, Local Government Act 1976 dan sebagainya.

5. Justeru itu, bagi melancar dan melaksanakan proses pilihanraya yang dicadangkan, kami memohon agar Suruhanjaya Pilihanraya dapat memberikan kami pandangan berkenaan dengan proses pilihanraya kerajaan tempatan yang dicadangkan dengan secepat mungkin.

6. Kerajaan Negeri bersedia untuk bertemu dengan Tan Sri bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Segala kerjasama yang diberikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

 

*Lampiran surat yang dihantar kepada Pengerusi SPR (PDF)


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional