red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://wengsan.blogspot.com/ 

 

 

Ucapan pencadang oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San semasa mambahas Usul No. 12 di bawah Peraturan Tetap 27(3) oleh ADUN Hulu Kelang pada hari Isnin, 15hb November 2010:

Ucapan pencadang semasa mambahas Usul No. 12 di bawah Peraturan Tetap 27(3) oleh ADUN Hulu Kelang

Saya selaku ADUN Kampung Tunku dengan ini turut membahas satu usul yang dibawa oleh ADUN Hulu Kelang di bawah Peraturan Tetap 27(3), di mana usul adalah seperti yang berikut:

"Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap kecuaian pengurusan KDEB/KHSB dalam membuat keputusan untuk membangunkan tanah seluar 9.554 ekar milik KDEB/KHSB di HS(D) 18264 PT No. 32547 Mukim Dengkil Daerah Sepang kepada pihak ketiga dengan hanya menerima bayaran sejumlah RM4,154,849.40 tanpa mengambil kira peruntukan jumlah premium yang akan ditanggung oleh KHSB dan dengan hanya mendapat pulangan sebanyak RM37,026.40 atau RM3,875.81 seekar di tanah berlokasi amat strategik.

"Bahawa dengan ini Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan satu badan bebas di bawah Kerajaan bagi menjalankan penyiasatan dan membentangkan siasatan ke Sidang Dewan Negeri."

Tuan Speaker,

Saya telah mambuat sedikit siasatan melalui internet dan saya telah membandingkan harga jualan tanah milik KDEB ini dengan sebidang tanah yang dmiliki oleh pihak lain.

Perbezaan harga jualan antara kedua-dua bidang tanah ini ialah RM5/kaki persegi, iaitu tanah yang dimilliki oleh KDEB ini dibangunkan dengan harga pulangannya lebih rendah daripada harga yang sepatutnya sebanyak RM5/sekaki.

Jikalau kita back-calculate, maka nilai yang sepatutnya diterima oleh KDEB/KHSB ialah RM6,159,349.10 iaitu sekurang-kurangnya RM6juta.

Kampung Tunku dengan ini menyokong usul ini dan meminta Kerajaan Negeri untuk tidak memandang remeh terhadap aduan yang dikemukakan ke Dewan yang mulia ini. Sememangnya, tanah merupakan aset yang paling penting untuk kerajaan negeri dan kita tidak boleh sekalipun membiarkan harta rakyat yang berharga ini disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

Biarpun kerajaan negeri masih perlu menyiasat dan mengesahkan aduan ini, tetapi saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Hulu Kelang kerana membangkitkan usul ini kerana usul ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat menentang penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme dan kita tidak sekalipun berundur walaupun yang dituduh melibatkan pegawai atau syarikat kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Saya menggesa kerajaan untuk menjalankan siasatan seperti yang berikut:

  1. Adakah Jabatan Audit Negara telah mengaudit transaksi ini?

  2. Bilakah dan siapakah yang membuat keputusan membangunkan tanah ini dengan pulangan yang lebih rendah daripada harga pasaran?

  3. Apakah rasional di sebalik keputusan ini?

  4. Adakah kawasan ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabngsa Kuala Lumpur? Jika ya, maka saya meminta supaya satu siasatan dijalankan terhadap potensi tanah serta jangkaan pulangan maksimum yang boleh diperolehi?

  5. Sekiranya didapati terdapat elemen-elemen penyalahgunaan kuasa, apakah kuasa atau tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab?


* Lau Weng San, ADUN Kampung Tunku

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional