Ucapan oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah di Konvensyen Biasa DAP Selangor pada hari Ahad, 28hb November 2010: Ucapan di Konvensyen Biasa DAP Selangor Selamat datang ke Konvensyen Biasa DAP Selangor yang ke 16. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Lim Kit Siang kerana sudi datang untuk merasmikan Konvensyen Biasa pagi ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil daripada komponen parti Pakatan Rakyat dan juga veteran-veteran DAP Selangor kerana menghadiri mesyuarat yang bermakna ini. Dua setengah tahun yang lalu, DAP bersama dengan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru di negeri Selangor. Kita telah merealisasikan penukaran kerajaan buat kali pertama di sejarah Selangor. Ini telah membawa harapan baru dan perubahan kepada rakyat di negeri ini. DAP Selangor telah menjalankan pelbagai aktiviti dalam 2 setengah tahun ini, contohnya, Kempen Pendaftaran Pengundi Baru. Mengikut statistik, DAP Selangor telah mendaftar sebanyak 7,831 pengundi baru di Selangor dari bulan Januari hingga ke Jun tahun ini. Ia diikuti oleh UMNO 6,014 orang dan PAS 4,516 orang. DAP Selangor masih mengatasi semua parti politik di Selangor dalam pendaftaran pengundi baru. Syabas diucapkan kepada saudara dan saudari yang terlibat. Selain itu, kursus pendidikan politik, mesyuarat bulanan ahli-ahli majlis juga diadakan untuk meningkatkan pengetahuan politik dan komunikasi di antara ahli parti. DAP Selangor juga mencapai perkembangan yang baik di dalam organisasi parti. Untuk makluman saudara dan saudari, sebelum Mac 8 2008, kita hanya menpunyai 40 buah cawangan di Selangor. Tetapi sampai hari ini, kita telah mencapai ke 184 buah cawangan. Bilangan ahli di Selangor juga bertambah daripada 6000 orang hingga ke 18,000 orang, iaitu itu pertambahan sebanyak 12,000 orang ahli baru atau 3 kali ganda! Saya ingin bagi satu contoh. Sebelum Mac 8 2008, kita hanya terdapat satu cawangan sahaja di kawasan Hulu Selangor, iaitu Cawangan Kerling. Tetapi hari ini, kita telah menpunyai 8 cawangan di Hulu Selangor! Pada masa yang sama, Barisan Nasional menang kerusi DUN Kuala Kubu Baru dengan majoriti 448 undi di dalam pilihanraya umun yang lalu. Tetapi dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Pakatan Rakyat dapat mengutip majoriti sebanyak 2,030 undi di kerusi DUN Kuala Kubu Baru. Di kawasan Rasa, 80 peratus pengundi kaum Cina telah menyokong Pakatan Rakyat, ini merupakan satu rekod sejarah! Ini jelas menyatakan bahawa jika kita bekerjasama dan bersatu padu, rakyat akan memberi sokongan yang kuat kepada kita. Dalam pemilihan parti kali, kita dapati bahawa ada segelintir ahli parti menggunakan cara yang kotor untuk menyerang peminpin kita. Ini merupakan satu persaingan yang tidak sihat. Mereka membuat tuduhan dan mengatakan bahawa hampir semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Negeri dalam dua tahun ini adalah salah. Saya mahu tanya mereka, terutamanya mereka yang mendapat jawatan di dalam kerajaan, tak kira jawatan tinggi ataupun rendah, tak kira dia Exco atau ahli majlis, tak kira dia Speaker atau ketua kampung, adakah keputusan lantikan parti ini adalah salah? Ada orang juga kata, mereka mahu membuat rombakan ke atas Jawatankuasa Negeri, terutamanya wakil-wakil rakyat. Kenyataan ini amat dikesali dan memecah-belahkan parti kita. Saudara dan saudari sekalian, kita mesti bersiap sedia untuk menghadapi piliharaya umun yang akan datang. Kita hanya dapat kemenangan jikalau kita semua satu hati dan bersatu padu. Perpatah Melayu berkata, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita semua perlu faham, fikiran pengundi telah berubah. Mereka menpunyai fikiran sendiri dan boleh membuat keputusan dengan bijak. Oleh itu, tiada mana-mana satu parti boleh menang selama-lamanya dalam pilihanraya yang akan datang. Dulu kita menjadi pembangkang, kita meminta kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi sekarang sudah berubah, kita perlu betul-betul turun padang untuk menyelesaikan aduan rakyat. Jangan ingat kita boleh menanag melalui publisiti di dalam surat khabar sahaja. Kita telah mengenalpasti kualiti perkhimatan di beberapa kawasan DUN DAP yang kurang memuaskan. Jikalau tiada apa-apa perubahan sebelum PRU yang akan datang, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerjasama dan hubungan Pakatan Rakyat di Selangor juga akan memberi kesan ke atas keyakinan rakyat terhadap kita. Sebuah kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat yang stabil, akan menjadi salah satu elemen yang penting bagi kita untuk terus mentadbir di Selangor, ataupun menawan Putrajaya pada akhirnya. Saya ingin menegas di sini, kedudukan tiga-tiga komponen parti di dalam Pakatan Rakyat adalah sama.Tak kira di peringkat negeri ataupun tempatan. DAP akan memegang prinsip parti untuk menjalankan tugas dan merealisasikan sebuah negara Malaysia yang saksama, demokrasi dan bebas. Kerajaan Negeri Selangor bermula pada Jun 2008, telah mengadakan dasar air percuma sebanyak 20 meter padu. Ini telah membawa manfaat kepada rakyat di negeri ini. Menurut perjanjian pengswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syabas pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dahulu menetapkan kenaikan tarif air dengan kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015. Ini merupakan satu perjanjian yang tidak adil. Oleh kerana itu, kerajaan Pakatan Rakyat tidak membenarkan SYABAS untuk menaikan tariff air dan ingin membuat penstrukturan semula industri air di Selangor. Kita mesti menghentikan usaha kerajaan pusat yang mahu menyelamatkkan SYABAS dengan menyediakan "bailout". Saya ingin menyeru kepada saudara dan saudari supaya berhimpun pada 5 Disember bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Saudara saudari sekalian, Kita lihat pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional bukan sahaja mula melemparkan tuduhan liar terhadap pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, malah memutar-belitkan fakta dan statistik Kerajaan Selangor. Contoh yang paling nyata ialah pemimpin MCA menuduh Kerajaan Pakatan Negeri Selangor hanya memberi 12 daripada 4,000 biasiswa kepada pelajar kaum Cina, ia kemudian diikuti peminpin Pemuda MIC yang menuduh Kerajaan Pakatan Selangor hanya memberi 4 daripada 4,000 biasiswa kepada pelajar kaum India. Tuduhan di atas adalah pembohongan yang besar. Sebenarnya, Kerajaan Pakatan Selangor tidak memberi biasiswa kepada pelajar kolej atau universiti, tetapi hanya memberi pinjaman pelajaran sahaja. Kerajaan memang tidak menetapkan kuota berdasarkan kaum dalam pinjaman pelajaran ini. Untuk makluman saudara-saudari, pada tahun ini, hanya terdapat 742 pelajar membuat permohonan pinjaman pelajaran Selangor. Di antaranya, 525 pelajar diberi tawaran pinjaman pelajaran selepas ditemuduga. Kami memang sedar permohonan daripada pelajar kaum Cina dan kaum India terhadap pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor adalah tidak menggalakkan selama ini. Sebab itu, saudari Teresa Kok telah membuat publisiti dan pengumuman tentang pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini dalam sidang akhbar bersama dengan exco pendidikan Dr Halimah, dengan tujuan untuk menggalakkan lebih pelajar di Selangor, khususnya pelajar kaum India dan Cina untuk memohon pinjaman pelajaran kerajaan Selangor yang tidak mengenakan kadar bunga ataupun "interest free loan". Di sini, saya bagi pihak DAP Selangor ingin mengutuk perbuatan pemutar-belitan fakta dan statistik pinjaman pelajaran Selangor oleh MCA dan MIC dan menjadikannya sebagai isu perkauman, demi membangkitkan kebencian kaum Cina dan kaum India terhadap Kerajaan Pakatan Selangor. Dengan ini, satu kali lain saya mengucapkan Selamat Datang ke Konvensyen Biasa DAP Selangor dan Selamat Bermesyuarat. Sekian, terima kasih! * Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor
|