red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan oleh Lim Kit Siang di Parlimen semasa mengemukakan usul memotong RM10 dari gaji Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pada hari Selasa, 9hb November 2010: 

Malaysia merupakan negara paling buruk prestasinya di kalangan negara-negara Asia Pasifik dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International dalam 16 tahun ini sejak bermulanya senarai tahunan TI CPI dalam tahun 1995

Sungguhpun kita adalah slogan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bersama sup abjad GTP, NKRA, MKRA, SRIs, ETP dan sebagainya, serta satu per satu Roadmap yang sering dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Pelan Integriti Nasional bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia masih merupakan negara yang berada ditempat paling rendah dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) ) di kalangan negara-negara di Asia-Pacific dalam tempoh 16 tahun ini sejak senarai berkenaan dikemukan setiap tahun dari tahun 1995.

Dalam TI CPI yang pertama pada tahun 1995, Malaysia disenaraikan pada tempat ke-23 dari 41 negara yang dikaji, atau tempat ke-6 tinggi di kalangan negara-negara Asia Pasifik di belakang New Zealand -1, Singapore – 3, Australia – 7, Hong Kong – 17 dan Japan – 20, dan skor CPI kita adalah 5.28.

16 tahun kemudian, setelah berbagai kempen anti-rasuah, dua perundangan anti-rasuah utama, serta “transformasi” Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang melibatkan dana awam yang begitu banyak dan penambahan kakitangan yang mendadak, Malaysia kekal di kedudukan bawahan TI CPI, dan tahun lepas di tempat ke-56 dengan skor yang paling rendah sekali iaitu 4.4 – menjunam menjadi negara ke-11 di senarai negara-neagara Asia Pasifik.

Dalam 16 tahun ini, Malaysia telah kalah kepada lima lagi negara-negara di Asia Pasifik, iaitu Taiwan yang kini ditempat ke 33 dengan skor CPI 5.8, Bhutan (no. 36, skor 5.7), Brunei (no. 38, skor 5.5), Korea Selatan (no. 39, skor 5.4) dan Macau (no. 46, skor 5.0).

Lebih serius lagi adalah, lain-lain negara yang dulunya berada di barisan bawah senarai TI CPI kini semakin maju sementara Malaysia pula semakin mengundur!

Negeri Thai, Cina dan Indonesia adalah tiga contoh di Asia. Negeri Cina disenaraikan pada tempat ke-40 dengan skor CPI 2.16 dalam tahun 1995, tetapi pada 2010 ia disenaraikan pada tempat ke-78 dan skor CPInya 3.5.

Mengikut kadar purata tahunan kemajuan Negeri Cina dan kemunduran Malaysua mengikut skor CPI 16 tahun ini, Negeri Cina bukan sahaja semakin mendekati kedudukan Malaysia, malah akan maju ke depan Malaysia samada dari segi kedudukan atau skor CPI mereka, bila sampai tahun 2017!

Satu lagi negara Asia yang akan mendahului Malaysia adalah Negeri Thai, yang berada di tempat ke-34 dengan skor CPI 2.79 dalam tahun 1995, dan kini berada di kedudukan sama dengan Negeri Cina iaitu tempat ke-78 dengan skor CPI 3.5.

Semakin mendekati kedudukan Malaysia adalah India yang berada di tempat ke-87 dengan skor 3.3, berbanding dengan tempat ke-35 dan skor 2.78 dalam tahun 1995.

Malah Indonesia juga kelihatan mencapai kemajuan dalam usaha anti-rasuahnya. Dalam 1995, Indonesia disenaraikan pada tempat ke-41 dan skor CPInya 1.94, kini ia disenaraikan di tempat ke-110 dengan skor CPI 2.8.

Malaysia merupakan negara paling teruk dalam pencapaian TI CPI untuk tempoh 16 tahun ini, jatuh dari no. 24 dengan skor CPI 5.28 kepada no. 56 dengan skor CPI 4.4 dalam tahun 2010.

Pencapaian Malaysia semakin merosot berbanding dengan lain-lain negara di lain-lain rantau. Sebagai contohnya, negeri Turkey yang berada di tempat ke-29 tahun 1995 dengan skor CPI 4.4 kini berada di tempat yang sama dengan Malaysia iaitu di tempat ke-56 dengan skor CPI 4.4.

Amat menyakitkan hati lagi adalah apabila kita melihat bagaimana Malaysia boleh ketinggalan di belakang negara-negara Timur Tengah. Jordan dalam tahun 1996 disenaraikan di tempat ke-30 dengan skor CPI 4.89 berbanding dengan tempat ke-26 dan skor CPI 5.32 Malaysia. Dalam TI CPI 2010, Jordan telah mendahului Malaysia, kini berada di tempat ke-50 dengan skor CPI 4.7.

Arab Saudi, yang pertama kali disenaraikan dalam tahun 2003 dan berada di tempat ke-46 dengan skor CPI 4.5 (masa itu Malaysia berada di tempat ke-37 dengan skor CPI 5.2), kini berada di depan kita, iaitu di tempat ke-50 dan skor CPI 4.7.

Dalam 16 tahun ini, Malaysia telah dianggap sebagai sebuah negara yang semakin korup sementara negara-negara lain semakin bersih!

NKRA mengenai “memerangi rasuah” telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan skor TI CPI dari 4.5 tahun lepas menjadi 4.9 tahun ini, malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu jatuh menjadi 4.4, skor paling rendah sekali.

Apa yang tidak boleh diterima dan patut dikutuk sekeras-kerasnya adalah usaha yang diambil oleh Menteri NKRA Datuk Idris Jala, Pemandu (Performance Management and Delivery Unit) dan SPRM untuk menyembunyikan kegagalan langkah-langkah pencegah rasuah kita yang mengejutkan ini dengan mendakwa bahawa senarai dan skor TI CPI tidak betul atau tidak tepat.

Pemandu mendakwa bahawa dalam tahun yang lepas, Malaysia telah mencapai skor anti rasuah yang lebih baik iaitu dari 5.2 menjadi 6.3 mengikut IMD World Competitiveness Yearbook, dari 3.6 menjadi 4.6 mengikut Asian Intelligence Newsletter Political and Economic Risk Consultancy (PERC) dan dari 4.5 menjadi 4.6 mengikut Laporan Saingan Global World Economic Forum(WEF), dan berdasar kepada “skor purata empat kaji selidik yang berkenaan, adalah jelas Malaysia telah bertambah baik dari 4.45 dalam tahun 2009 menjadi 4.975 dalam tahun 2010.”.

Pemandu, yang mempunyai kakitangan bertaraf perunding dan profesional yang dibayar dengan gaji tinggi, adalah sungguh tidak jujur, tidak etika dan tidak profesional dalam cuba melancarkan usaha perhubungan awam yang bukan berbentuk akademik demi menyembunyikan kegagalan usaha anti-rasuah NKRA, kerana adalah jelas TI CPI tidak pernah mengubah metodologinya berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.

CPI Malaysia untuk tahun 2010 adalah diukur oleh TI dari enam sumber oleh enam institusi bebas – sama seperti CPI-CPI yang lepas. Melainkan Pemandu dapat mencabar keesahan skor-skor CPI yang lepas, ianya tidak boleh mempersoalkan keesahan CPI tahun 2010.

Skor TI CPI paling buruk unutk Malaysia dalam 2010 sepatutnya menjadi isu paling penting di Parlimen dan kerajaan seharusnya menjelaskan keadaan sebenar dalam peringkat penggulungan perbahasan Bajet 2011 ini. Bagaimanapun, perkara ini telah dielakkan seperti wabak, sungguhpun ramai ahli parlimen yang telah menyentuh mengenai perkara ini dalam ucapan mereka.

Dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bersungguh-sungguh mengelakkan dari menangani perkara pencapaian TI CPI Malaysia yang paling buruk dalam tempoh 16 tahun ini semasa menggulung perbahasan kementerian mereka, dan ini sekali lagi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap semangat dan komitment politik kerajaan Barisan Nasional untuk melancarkan perang terhadap rasuah, khasnya rasuah besar-besaran yang melibatkan “ikan yu” dan bukannya “ikan bilis”, serta nilai dan kebergunaan Rancangan Transformasi Kerajaan yang melibatkan kos yang tinggi yang dikendalikan oleh kumpulan profesional dan perunding yang bergaji tinggi dengan berbagai NKRA, MKRA, SRI dan sebagainya.

SPRM merupakan agensi utama yang mesti bertanggungjawab terhadap kegagalan NKRA anti-rasuah, mengakibatkan Malaysia menjadi negara yang paling buruk prestasinya dalam TI CPI dalam 16 tahun sejak bermulanya senarai tahunan berkenaan dalam tahun 1995.

Dalam tempoh tujuh tahun ini, Parlimen telah menambah tiga kali ganda bajet untuk badan pencegah rasuah, dari RM76.4 juta untuk Badan Pencegah Rasuah, ACA, dalam tahun 2005 menjadi RM202 juta untuk SPRM dalam Bajet 2011 – tetapi perbelanjaan, kakitangan serta kemudahan yang bertambah hanya membawa kepada rekod anti-rasuah yang lebih buruk lagi.

Inilah sebab untuk usul memotong gaji Pesuruhjaya SPRM RM10 ini.


*Lim Kit Siang, Ketua Parliamen DAP & Ahli Parlimen Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional