Perbahasan atas Bajet 2011 oleh Dr. Hiew King Cheu di Parlimen pada hari Khamis, 21hb Oktober 2010: Perbahasan atas Bajet 2011 Terima Kasih, Datuk Yang Di Pertua, Rakyat di Sabah memandang bajet 2011 itu sebagai "bajet pilihanraya" yang memberi persepsi umum yang tahun akan datang adalah tahun yang kecewa dan harapan kosong. Peruntukan RM9.55 billion yang dikongsi oleh Sabah dan Sarawak menunjukan bahawa Negeri di Malaysia Timor tersebut adalah tidak penting semaskali. Dimanakah semangat 1Malaysia yang dibawakan oleh BN? Sabah dan Sarawak menyumbang lebih dari 42% daripada hasil pendapatan negara dan kita hanya mendapat pulangan kewangan yang sedikit, iaitu 8% daripada jumlah bajet 2011. Ini adalah tidak adil. Sabah dan Sarawak dilayan secara tidak adil. Adakah kita ini kelas kedua dan tidak penting kepada negara? Adakah sumbangan Sabah dan Sarawak 42% itu tidak penting? Saya fikir Kerajaan Persekutuan bukan hanya ambil tetapi juga mesti kembalikan apa yang wajar. Dimasa lampau kita melihat bajet demi bajet dengan angka yang besar tetapi dalam proses perlaksanaan kita lihat pemotongan demi pemotongan. Tahun lalu Kerajaan melapor pemotongan peruntukan Sabah Development Corridor (SDC) untuk Pedalaman Sabah. Ini adalah satu contoh yang baik. Banyak projek pembangunan di Sabah dibawa bajet nasional kini menjadi terbengkalai atau berjalan dengan pelahan, dan mengikut cerita umum adalah disebabkan oleh kegagalan membayar kontraktor tersebut. Ini menunjukan malfungsi pentadbiran kewangan negara kita. Kerajaan Persekutuan harus beri hormat dan prihatin kepada Sabah dan Sarawak. Ingin saya bagi peringatan tentang Perjanjian Malaysia dimana Sabah dan Sarawak berkongsi dengan Malaya dan Singapura menubuhkan Persekutuan Malaysia. Kita adalah rakan kongsi dan bukan dianggap sebagai salah satu dari negeri di Malaysia. Kami hanya mahu perjanjian itu diturut dengan hati yang iklas. Apa yang tertaktub dalam perjanjian haruslah ditunaikan kerana kegagalan menunainya menjadikan pejanjian Malaysia sesuatu dokumen yang tidak bererti. Kita hanya meminta layanan yang adil, hormat-menghormati diantara kita. Saya ingin mengingatkan BN bahawa ramai penyokong dan ahli BN juga merungut dan merasa kesusahan. Di Sabah kami masih mahu mengulas atau mengkaji semula kadar pembahagian minyak dan gas 5% yang terdapat dalam perjanjian dengan Petronas. Sejak perjanjian itu ditandatangani Sabah hanya menerima sebanyak RM5.30 billion dalam tempoh 40 tahun manakala sumbangan Sabah kepada kewangan negara ialah kira-kira RM120 billion. Kadar 5% ini adalah terlalu kecil jika dibanding dengan peruntukan yang diperlukan untuk membangunkan Sabah. Dengan kadar peruntukan persekutuan yang begitu kecil maka ekonomi Sabah tidak akan bergerak dengan laju. Ekonomi Sabah semakin merosot kerana Kerajaan gagal menarik pelaburan asing, industri yang lemah, sektor pertanian yang lembab, pelancongan yang menurun dan lain-lain lagi. Rakyat Sabah kini kehilangan harapan dan keyakinan terhadap negara kita. Kita dapat melihat bahawa ramai rakyat Malaysia telah dan mahu berhijrah dan mencari tempat perlindungan di negara lain. Mereka bukan hanya membawa wang ringgit mereka tetapi juga "otak" mereka ke luar negera. Sabah kini kehilangan sumber manusia dan kewangan yang mengakibatkan Sabah menjadi negeri yang terkaya kepada negeri termiskin di Malaysia. Kadar kemiskinan di Sabah ialah 23.4% sesuatu indikator yang menakutkan tetapi Kerajaan BN hanya berkali-kali berjanji menghapuskan kemiskinan. Ini semuanya adalah cerita kosong sahaja (NATO). Saya hairan kenapakah Kerajaan sanggup membelanjakan RM5 billion untuk mendirikan bangunan 100-tingkat di Bandaran Kuala Lumpur. Kenapakah Kerajaan tidak prehatin kepada Sabah dan Sarawak dan mendirikan projek tersebut di Sabah? Suda menjadi perbualan umum bahawa Petronan Twin Tower di KL tersebut adalah daripada wang Sabah dan Sarawak maka, Sabah dan Sarawak adalah pemilik yang sah bagi Twin Tower tersebut. Bagi saya, membelanjakan wang rakyat dengan mendirikan bangunan 100-tingkat ini adalah salah dan tidak manasabah. Saya fikir ini adalah projek untuk penjajah. Saya juga merasa kecewa dengan rancangan Kerajaan membelanjakan RM3 billion untuk menaikan taraf resort, alam sekitar dan infrastruktur Nexus Karambunai. Saya terus merasa kecewa kerana kerajaan akan membelanjakan RM100 million untuk menaikan taraf fasiliti Nexus Karambunai. Apakah rasional kerajaan memberi peruntukan kepada Nexus Karambunai sesuatu Syarikat tersenarai (Public Listed) yang menduduki kawasan beribu ekar tanah yang boleh dikatakan kepunyaan Sultan Brunei. Saya faham tidak ada undang-undang Malaysia yang boleh mempertikaikan tanah yang berdaulat negara Brunei tersebut. Saya berpendapat peruntukan RM110 juta untuk Koridor Pembangunan Sabah atau Sabah Development Corridor (SDC) adalah tidak mencukupi untuk membina pintu koridor tersebut apatah lagi menjalan kerja di koridor tersebut. Ini adalah permainan kerajaan BN menceritakan tentang SDC untuk menyenangkan hati rakyat Sabah. Bagi saya inilah apa rakyat Sabah tidak sukai seperti pepatah Cina "kami dengar suara di koridor tetapi kami tidak nampak orang datang". Rakyat di Pedalaman adalah penyokong BN yang kuat tetapi pada hari ini mereka dilupakan dan tidak dipedulikan sampailah mereka menjadi rakyat termiskin, kekurangan pembangunan infrastruktur, tidak ada bekalan air, elektrik, jalanraya dan talian perhubungan. Apalah gunanya membekal LapTop kepada pelajar dan rakyat diluar bandar yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan perkhidmatan internet? Sabah dan Sarawak diperuntuk RM2.1 billion untuk membina jalanraya di luar bandar. Bagi saya peruntukkan ini adalah kecil dan tidak mencukupi. Jika dibahagikan dua, Sabah hanya mendapat RM1.05 billion. Berapakah panjang (kilometer) jalanraya luar bandar boleh dibina? Membina jalanraya di kampung adalah mahal kerana harga yang dinaikan, harga bahan-bahan yang mahal, duit rasuah dan yang paling buruk sekali ialah cara harga kontrak yang dirunding atau negotiated. Satu projek bernilai beberapa ribu boleh menjadi beberapa juta ringgit. Kerajaan BN mengamalkan sistem dimana projek tersebut diberi kepada seseorang kontraktor secara langsung atau secara runding. Sistem ini membawa salahguna kuasa dan rasuah. Bekalan elektrik dan air di Sabah adalah masalah berpuluh-puluh tahun usianya. Masalah ini melibatkan rakyat di kampong, luar bandar dan di bandar. Di Kota Kinabalu, ramai rakyat di kampong menggunakan air perigi, graviti yang tidak dirawat. Di Pulau Gaya yang berdepan dengan Bandar Kota Kinabalu, rakyatnya masih menggunakan bot untuk mengangkut air dari tanah besar. Ketidak ada air yang bersih dan di rawat juga dirasai oleh rakyat di daerah Penampang. Hidup mereka tertekan terutama sekali semasa kumarau. Kerajaan telah memperuntukkan RM1.0 billion untuk Janakuasa 300MW Diesel dan Gas di Kimanis. Kita difahamkan bahawa ini adalah projek bersama Petronas dan Yayasan Sabah. Dimananya rasional dan logik kerajaan memberi peruntukkan yang besar ini? Jikalau inilah keadaannya maka kerajaan seharusnya memberi wang ini kepada Sabah untuk projek-projek yang lebih penting dan sesuai. Pembekal Kuasa Bebas (IPP) dan rakankongsinya seharusnya berusaha mencari sumber kewangan untuk membiayai projek Janakuasa tersebut. IPP atau PKB ini akan meminta kita sebagai pengguna membayar bill-bill tersebut. Kerajaan telah memperuntukan RM300 juta untuk program bantuan perumahan di Sabah dan Sarawak. Bagi saya ini adalah tidak mencukupi dan terlalu rendah dari apa yang diperlukan. Di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu termasuklah Merotai, ramai rakyat tidak mempunyai rumah tersendiri. Mereka masih menyewa rumah tersebut. Harga rumah semakin hari semakin mahal dan rakyat tidak mampuh membali rumah tersebut malah terpaksa menyewa sahaja. Janji Kerajaan dimana semua rakyat akan mendapat rumah adalah satu janji manis, janji kosong dan hanya menjadi bahan publisiti. Tidak hairanlah rakyat kini berkata bahawa mereka akan kecewa lagi dan akan menunguh lebih lama lagi sebelum mimpi mendapatkan rumah tersebut menjadi realiti. Datuk Speaker, Saya tidak mempunyai masa yang panjang untuk menyentuh dan membahas isu-isu dan aspek-aspek didalam bajet tersebut yang ada kaitan langsung dengan rakyat di Sabah dan Sarawak. Saya ingin mendaftarkan perasaan rakyat Sabah yang saya tidak menyokong bajet 2011 tersebut kerana ia tidak adil dan saksama bagi Sabah dan Sarawak. Terima Kasih. * Dr Hiew King Cheu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu
|