Kenyataan media oleh Liew Chin Tong di Pulau Pinang pada hari Isnin, 25hb Oktober 2010: Pakatan Rakyat Pulau Pinang bela nasib Melayu DAP kesal dengan fitnah UMNO yang mendakwa Melayu Pulau Pinang berada dalam keadaan krtitikal. Dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga bersifat perkauman - taktik politik yang biasa diamalkan oleh kebanyakan para pemimpin UMNO. Pembohongan yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini hanya propaganda UMNO yang gila kuasa dengan angan-angan mahu mengambil jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Seolah-olah apabila UMNO dapat menguasai Pulau Pinang dan wakilnya menjadi Ketua Menteri, semua masalah orang Melayu akan selesai. Jika itu benar, mengapa masih ramai orang Melayu di negeri-negeri lain masih hidup miskin walaupun telah lama berada di bawah pentadbiran UMNO? UMNO hanya nampak kuman di seberang laut tetapi pura-pura tidak melihat gajah di depan mata. Suara-suara kutukan daripada perwakilan dan pemimpin UMNO sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini jelas bohong dan cuba menggambarkan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak peduli dengan masalah orang Melayu dan Islam. Rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik UMNO. Apabila UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh Gerakan di Pulau Pinang sebelum Mac 2008, tidak banyak projek pembangunan dan usaha murni dilakukan oleh mereka untuk membantu Melayu Pulau Pinang. Sekarang UMNO menyerang dan mengutuk Lim Guan Eng dan para pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang ikhlas dalam usaha gigih untuk membantu orang Melayu serta kaum-kaum lain yang memerlukan bantuan kerana iri hati dengan kejayaan Pakatan Rakyat. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetap komited untuk memastikan keadilan dan bantuan disalurkan kepada anak negeri yang benar-benar memerlukannya. Sejak peralihan kuasa 2008 telah banyak usaha dilaksanakan dan banyak lagi akan diteruskan demi kebaikan, kemakmuran dan keadilan rakyat negeri Pulau Pinang. Antara usaha-usaha murni ini adalah:
* Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera
|