red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Sedutan ucapan oleh Lim Guan Eng dalam upacara penubuhan Kumpulan Perjawatan Profesyenal Sains dan Teknologi di City Bayview Hotel, Pulau Pinang pada hari Isnin, 18hb Oktober 2010: 

Penubuhan pertama di Malaysia Kumpulan Perjawatan Profesyenal Sains dan Teknologi akan meningkatkan effisiensi, produktiviti dan integriti projek-projek kerajaan negeri  

Penubuhan pertama di Malaysia Kumpulan Perjawatan Profesyenal Sains & Teknologi(KPPST)akan meningkatkan efficiency, produktiviti dan integriti projek-projek kerajaan negeri. KPPST merangkumi profesyenal seperti jurutera, arkitek, penilai, pengukur tanah (surveyor) dan perancang bandar.

'Efficiency' diertikan sebagai kerja yang dapat dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat tanpa mengurangkan kualiti kerja sedia ada atau dapat melakukan lebih banyak kerja dalam tempoh masa yang sama. Produktiviti dapat menambah pulangan ke tahap yang lebih tinggi ke atas setiap ringgit yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri. Integriti bermaksud tidak mengamalkan gejala yang tidak sihat seperti amalan rasuah atau 'makan suap'. Integriti bukan hanya melibatkan aspek wang, tetapi turut melibatkan pembaziran masa, tenaga, sumber dan lain-lain seperti mengambil lebih masa minum teh daripada yang diperuntukkan.

Kedua, KPPST juga boleh menitikberatkan aspek kewangan dan pelaksanaan projek agar terdapat 'matching of funding with impact dan matching resources with needs' untuk output optimum. Perbelanjaan mesti memberikan impak paling besar samada impak sosial atau kewangan. Pada masa yang sama sumber mestilah dijodohkan dengan keperluan agar keutamaan diberikan kepada pihak yang paling perlukannya.

Ketiga, KPPST dapat memantapkan pelaksanaan projek dari sudut komunikasi termasuk menggembleng tenaga dan kepakaran profesional teknikal di kalangan jurutera, arkitek, Penilai, perancang bandar dan juru ukur ('surveyor') di peringkat Negeri Pulau Pinang. Pegawai-pegawai teknial Jabatan ini diharap dapat berkongsi pengalaman dan idea berhubung perancangan dan pelaksanaan projek bukan sahaja di peringkat Jabatan masing-masing tetapi juga di antara Jabatan. Contohnya bila saya menmperkenalkan line-item accounting semasa persediaan Belanjawan Negeri, saya perhatikan kertas kerja teknikal jabatan tertentu lebih menyeluruh sungguhpun kedua-duanya disediakan oleh jurutera. Sekiranya model yang lebih baik dipilih sebagai satu rujukan standard maka ia akan meningkatkan prestasi kerja semua.

Keempat, KPPST akan menjadi platform integrasi golongan profesional dalam bidang teknikal dari semua Jabatan Negeri dan akan dapat menghapuskan mentaliti 'silo' yang lebih cenderung untuk mempertahankan jabatan sendiri sehingga mengatasi kepentingan Negeri. Integrasi tersebut akan mengujudkan satu semangat berpasukan atau 'esprit de corps' di antara golongan profesional Jabatan Kerajaan Negeri dalam bidang teknikal. Sekiarnya golongan profesional teknikal ini dapat bekerjasama dan berkongsikan idea, saya yakin kita boleh menyelesaikan masalah yang timbul dengan leibh baik.

Kelima, KPPST memimpin usaha branding atau penjenamaan dengan mutu kerja bertaraf antarabangsa. Sekiranya wawasan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa ingin tercapai maka, perkhidmatan awam juga mesti bertaraf antarabangsa. Branding of Penang must be synonymous with quality, safety, reliability, sustainability and integrity. Pembangunan mampan kini amat penting demi memastikan sumber yang kita guna sekarang masih wujud untuk dinikmati oleh generasi anak-cucu kita.

Inisiatif pertama menubuhkan KPPST dalam negara ini diharapkan bukan sahaja dapat menjimatkan wang dan memastikan mutu kerja yang baik tetapi merupakan salah satu pendekatan penting bahawa mutu perkhidmatan awam teknikal kerajaan negeri boleh mencapai taraf antarabangsa sekiranya peluang diberikan kepada yang cemerlang dan etika kerja yang tidak sihat dihapuskan.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional