red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://teresakok.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Shah Alam pada hari Rabu, 1hb September 2010:

Semakan jemputan kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Selangor membuktikan bahawa tuduhan DPMMS dipinggirkan tidak berasas

Berikutan kritikan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah meminggirkan DPMMS, SSIC selaku pusat pelaburan negeri Selangor telah menyemak kehadiran DPMMS di dalam mesyuarat-mesyuarat mengenai ekonomi dan pelaburan di Selangor semenjak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan di Selangor.

Sebagai EXCO yang menjaga bidang pelaburan, perindustrian dan perdagangan, saya ingin menegaskan bahawa bagi semua mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan yang dipengerusikan oleh saya, semua dewan perniagaan dan pelaburan di Selangor telah dijemput, termasuk DPMMS.

Selain itu, semua dewan perniagaan dan persatuan pelaburan tempatan ataupun persatuan pelaburan asing, termasuk DPMMS, sering dijemput menyertai dialog dengan Menteri Besar, ahli-ahli MMKN dan pegawai kerajaan kanan juga.

Selain itu, Selangor Business Council juga dirangkumi oleh ahli DPMMS.

Di sini, saya ingin memaparkan kehadiran DPMMS di dalam semua mesyuarat dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk rujukan DPMMS dan Tan Sri Rozali Ismail.

Jadual Jemputan Penyertaan kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor Dalam Program-Program Berkaitan Ekonomi Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Bil. Program Tempat Tarikh Kehadiran
1. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Selangor. Bil 1/2008 SSIC Berhad 22/8/2008 Hadir - wakil
2. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Selangor. Bil 1/2009 SSIC Berhad 20/1/2009 Hadir - wakil
3. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Selangor. Bil 2/2009 SSIC Berhad 20/7/2009 Hadir - wakil
4. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Selangor. Bil 2/2009 SSIC Berhad 1/12/2009 Hadir - wakil
5. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Selangor. Bil 1/2010 SSIC Berhad 8/4/2010 Tiada wakil
6. Diskusi Rancangan Malaysia Ke 10 Negeri Selangor Dewan Annex, SUK 17/6/2010 Tiada wakil
7. Penyediaan Memorandum/Isu-Isu Yang Perlu Ditambahbaik Bagi Meningkatkan System Penyampaian Kerajaan Negeri SACC Convec 26/7/2010 Wakil tidak hadir
8. Sesi Perbincangan Antara Pengusaha IKS Dengan Kerajaan Negeri Selangor SSIC Berhad 23/8/2010 Hadir - wakil

Semakan kami menunjukkan bahawa Tan Sri Rozali Ismail tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Jadi saya tidak pasti sama ada beliau sedar akan kesemua jemputan-jemputan yang telah dihulurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada DPMMS selama ini.

Carta kehadiran ini juga menunjukkan bahawa wakil DPMMS pernah menghadiri lima daripada lapan mesyuarat berkenaan dengan ekonomi dan perdagangan yang telah diadakan. Kehadiran wakil DPMMS ini menunjukkan bahawa kritikan Tan Sri Rozali ismail ini adalah palsu dan tidak berasas.


* Teresa Kok Suh Sim, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan & Ahli Parlimen Seputeh

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional