red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Memorandum oleh Leong Kwan Yew kepada Perdana Menteri pada hari Khamis, 14hb April 2011:

Memorandum: Membekal doktor pakar dan menaiktaraf peralatan perubatan di Hospital Limbang

Y.A.B. DATO' SRI HJ MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

14 April 2011

Yang Amat Berhormat,

MEMORANDUM: MEMBEKAL DOKTOR PAKAR DAN MENAIKTARAF PERALATAN PERUBATAN DI HOSPITAL LIMBANG

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Saya sebagai Pengerusi DAP Limbang ingin merayu kepada Yang Amat Berhormat supaya menyediakan doktor pakar dan peralatan perubatan yang lagi sempurna di Hospital Limbang.

3. Untuk makluman penduduk di Limbang terpaksa mendapat rawatan doktor pakar di Miri sebab tidak ada doktor pakar dan peralatan perubatan yang mencukupi. Sebagai contoh, terdapat seorang pesakit buasir terpaksa pergi ke Miri untuk mendapat rawatan.

4. Rayuan ini sudah bertahun-tahun tetapi tidak dapat diatasi oleh mana-mana pihak.

5. Limbang adalah satu kawasan unik kerana ia diapit oleh Brunei. Pesakit terpaksa melalui sempadan negara Brunei ke Miri untuk mendapat rawatan. Oleh itu, pesakit harus menanggung kos tambahan.

6. Setiap rakyat Malaysia termasuk penduduk di Limbang berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik dengan kos yang berpatutan.

Kami berharap Y.A.B. dapat memberi perhatian mengenai perkara tersebut. Jasa baik Yang Amat Berhormat amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Leong Kwang Yew
Pengerusi DAP Limbang


* Leong Kwng Yew, Pengerusi DAP Limbang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional