Kenyataan media oleh Thomas Su Keong Siong di Limbang pada hari Jumaat, 15hb April 2011: Perdana Menteri enggan mendengar suara rakyat Limbang dan memorandum telah dikoyakkan! Di manakah erti SATU Malaysia? Saya berasa kecewa dan menyesal terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Najib yang enggan menerima memorandum DAP semasa beliau meninjau ke Pasar Tamu Limbang petang semalam. DAP Limbang telah menyediakan dua memorandum untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. Satu adalah mengenai "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang". Kami menunggu ketibaan Dato Sri' Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6pm. Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP Leong Kwang Yew. Semasa Leong Kwang Yew dan ADUN Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar. Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka. Jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja! * Thomas Su Keong Siong, Ketua Bilik Gerakan Pilihanraya DAP bagi DUN Bukit Kota DAP & ADUN Pasir Pinji
|