Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Isnin, 4hb April 2011: Masyarakat tidak akan percaya bahawa media seperti Bernama berani melaporkan perkara yang salah berkaitan Perdana Menteri melainkan wartawan tersebut dipecat atas perlakuan tidak profesional wartawan tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melahirkan berasa yakin bahawa BN akan menakluk semula Pulau Pinang. Sebaliknya kata Koh kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah ketika membuat laporan berkaitan Najib yang sebenarnya mengatakan jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang memenangi beberapa kerusi. Sukar untuk saya mempercayai bahawa agensi berita kebangsaan seperti Bernama berani melaporkan fakta yang salah berkaitan Perdana Menteri walau seghairah atau bersemangat manapun wartawan tersebut. Sebagai agensi berita kebangsaan, Bernama sepatutnya mempunyai kelebihan yang tidak terdapat pada lain-lain media. Masyarakat tidak akan pernah percaya bahawa media seperti Bernama berani melaporkan perkara yang salah tentang kenyataan Perdana Menteri melainkan wartawan tersebut dipecat atas perlakuan yang tidak professional dan tidak berkemampuan. Kegagalan mengambil tindakan ke atas Bernama membuktikan BN melaksanakan kempen ‘smoke and mirrors’ untuk menawan semula Pulau Pinang dengan menyembunyikan strategi sebenar BN secara diam- diam dan berdolak dalik bagi mengelirukan Pakatan Rakyat. Atas alasan itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan sekali- kali goyah, bingung mahupun tersasar daripada fokus utama kerajaan negeri untuk mengamalkan pemerintahan yang baik dan berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Semua pemimpin Pakatan Rakyat yang terpilih telah diarah untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha dalam melaksanakan tugas pemerintahan yang berjiwa rakyat dengan penuh perikemanusiaan dengan mendengar keluhan rakyat, urus tadbir yang baik kepada rakyat serta memberi harapan kepada rakyat. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berasa kesal dengan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang telah memberikan maklumat palsu kepada Perdana Menteri kononnya Pulau Pinang telah mengalami kejatuhan di bawah pemerintahan PR. Semenjak pilihanraya 8 Mac 2008 yang membawa kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, Pulau Pinang telah berubah menjadi lebih baik. Di antara 12 kejayaan yang jelas disokong dengan fakta serta maklumat yang benar bahawa Pulau Pinang menerajui tempat pertama di Malaysia ialah:
*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang & Pengerusi PR Pulau Pinang
|