red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://wengsan.blogspot.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada hari Sabtu, 27hb Ogos 2011:

Empat wakil rakyat BN di Hulu Selangor dicabar sama ada sabotaj program MES Kerajaan Selangor

Saya dengan ini mencabar keempat-empat orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari kawasan parlimen Hulu Selangor sama ada mereka berani mengaku bahawa mereka pernah sabotaj program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor sejak tahun 2008.

Keempat-empat orang wakil rakyat BN ini ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Hulu Bernam, Idris, ADUN Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun dan ADUN Batang Kali, Isa. Berikutan dengan pendedahan oleh Pegawai Daerah Hulu Selangor, keempat-empat wail rakyat BN di kawasan Hulu Selangor ini harus menyatakan dengan jelas sama ada mereka pernah menyabotaj program MES yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.

Bulan lalu pejabat Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pegawai Daerah Hulu Selangor, Encik Nor Hisham Ahmad Dahlan telah menerima aduan bahawa terdapat wakil rakyat BN yang sengaja sabotaj program MES dengan mengatakan bahawa program ini tiada kebaikan langsung kepada rakyat.

Sebagai ADUN angkat bagi kawasan DUN Kuala Kubu Baru, saya berasa amat sedih jikalau tuduhan ini adalah benar kerana PR dan BN mempunyai tanggungjawab bersama untuk membangunkan kawasan Hulu Selangor ini tanpa mengira ideologi politik.

Hakikatnya ialah BN memilih untuk memulau dan tidak ingin melibatkan diri dalam program-program yang dijalankan oleh kerajaan. Tidak cukup dengan pemulauan mereka, wakil-wakil rakyat BN ini memfitnah kerajaan negeri dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas berkenaan dengan program MES ini padahalnya kerajaan negeri Selangor tidak sedikit pun mengganggu sebarang program yang dijalankan oleh wakil-wakil rakyat BN di Hulu Selangor.

Program-program MES yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor sejak tahun 2008 berutujuan untuk berkongsi kekayaan kerajaan dengan rakyat jelata. Program ini merupakan program kerajaan dan dibuka kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama. Malahan program ini bukan program parti-parti politik. Justeru itu, saya tidak menampak sebarang keperluan untuk wakil-wakil rakyat BN untuk menyabotaj program ini kecuali mereka ini meletakkan kepentingan politik peribadi dan parti mereka di atas kepentingan rakyat.


* Lau Weng San, Setiausaha Organisasi DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional