red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Ucapan oleh Lim Guan Eng di Forum CEO di Auditorium PSDC pada hari Jumaat, 16hb Disember 2011: 

"First-Come-First Serve" yang merupakan asas untuk memohon Feed-in Tariff (FIT) sepatutnya digantikan dengan "Fit For All"  

Malaysia telah lama melaksanakan Feed- In- Tariff (FIT) sebagai satu cara untuk mengalakkan penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui sama ada daripada sumber-sumber seperti solar, hidro, biogas/ tapak pelupusan atau biomas/ sisa pepejal. Untuk masyarakat umum, Feed- In- Tariff (FIT) dibayar setiap kilowatt per jam bagi setiap tenaga elektrik yang dijana oleh sumber yang boleh diperbaharui. Setakat ini, FIT merupakan mekanisme yang paling berjaya untuk merangsang pembangunan pesat tenaga yang boleh diperbaharui.

Sejak tahun 1991, Jerman, Sepanyol, Denmark dan lebih 40 negara lain telah mempelopori dasar-dasar dan undang-undang yang dikenali sebagai FIT ini di mana telah terbukti dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan yang terpantas, termurah dan paling luas bagi tenaga yang boleh diperbaharui. FIT yang dikenali untuk pengeluar tenaga yang boleh diperbaharui atau untuk meningkatkan pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui, kedua- kedua individu dan perniagaan akan menikmati manfaat daripadanya.

FIT bermaksud peluang untuk menambahkan pendapatan. Industi RE menganggarkan penjanaan sekurang- kurangnya RM70bil untuk sektor swasta dan ini akan diterjemahkan kepada cukai pendapatan sebanyak sekurang- kurangnya RM1.76 bil untuk kerajaan pada tahun 2020. Dalam usaha untuk menarik industi RE ke Pulau Pinang, Kerajaan Negeri sedang menimbangkan beberapa bentuk insentif dalam bentuk harga tanah di mana akan diumumkan awal bulan depan.

Bagi syarikat- syarikat utiliti,TNB seperti di Malaysia, ini bermaksud bahawa akan ada portfolio yang lebih rendah untuk kos penjanaan elektrik dengan menggunakan sumber tenaga bebas untuk jangka masa panjang. Saya merasakan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan berasa gembira dengan pelaksanaan FIT ini kerana penjualan kembali kepada TNB bermakna tenaga elektrik yang dijana oleh pengeluar tenaga yang boleh diperbaharui akan disambungkan ke jaringan tempatan dan tidak lagi memerlukan jaringan tambahan.

Tenaga yang boleh diperbaharui hari ini kurang daripada 1% daripada penjanaan kuasa di Malaysia. Arang batu sebanyak 40% manakala gas adalah sebanyak 55%. Ini menjadi sumber aspirasi kerajaan Malaysia untuk mempunyai tenaga yang boleh diperbaharui sekurang- kurangnya 5.5% daripada tenaga keseluruhan menjelang tahun 2011 dan 11% pada tahun 2020. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui akan mengurangkan kerosakan alam sekitar daripada aktiviti carigali dan perlombongan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli.

Pelaksaan FIT dijangka akan mewujudkan rangsangan ketara dalam ekonomi domestik, menyokong kemampanan alam sekitar dan menggalakkan kesesuaian dalam mencapai 'grid parity' untuk kerajaan. Pungutan cukai sebanyak 1% akan dikenakan ke atas pelanggan- pelanggan TNB yang menggunakan 300 kwh atau RM77 sebulan bagi tujuan pembiayaan FIT. Bagi Pulau Pinang yang menyumbang hampir RM20 juta kepada dana ini setiap tahun, adalah tidak adil jika syarikat- syarikat dan rakyat Pulau Pinang tidak berkesempatan dan tidak berpeluang untuk menikmati faedah- faedah sekurang- kuranya RM20 juta untuk FIT.

SEDA mengimpikan satu senario di mana sesiapa sahaja boleh menjadi IPP walau pada masa itu adalah IPP- nano dengan menjadi pengeluar tenaga kecil yang bersih dan mampan, menjana elektrik hijau (sebagai menentang kepada bekalan elektrik fosil yang didorong oleh IPP besar) dan lesen pengagihan (seperti TNB) adalah wajib untuk membelinya. Semua ini bermaksud bahawa jika anda mempunyai penjana solar photovoltaic (PV) di rumah, anda boleh memohon untuk menyambungkan penjana ini ke jaringan dan mendapat bayaran hasil daripada penjualan tenaga elektrik yang dijana kepada TNB dalam tempoh 21 tahun akan datang.

Tenaga solar adalah bersih, mesra alam dan sifar pemancaran. Tenaga solar dan tenaga yang boleh diperbaharui adalah mampan dan memenuhi kehendak kerajaan negeri Pulau Pinang yang sentiasa memastikan sumber- sumber yang digunakan hari ini masih boleh digunakan untuk esok. Tiada pengurangan sumber semulajadi dan ia adalah salah satu sumber tenaga yang paling pesat berkembang di dunia.

Masalahnya sekarang ialah langkah- langkah untuk mendapatkan kelulusan tidaklah semudah yang dijangka. Bolehkah ia dilakukan dalam 3 langkah mudah untuk mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) yang baru ditubuhkan, menandatangani perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh diperbaharui (REPPA) dengan TNB sebelum kita memasang sistem solar PV di atas bumbung anda. Kita berharap sesi hari ini boleh memudahkan urusan untuk kita semua.

Jika kita melabur dalam sistem solar PV sekarang, kita boleh menjangkakan tempoh bayaran balik adalah selama 8-9 tahun dan 'mengunci' kadar premium yang ditawarkan untuk 21 tahun akan datang. Semakin lama matahari bersinar, lagi lama seseorang itu boleh 'mengesport' elektrik ke jaringan tempatan pada waktu siang (apabila kuasa amat diperlukan) dan memperolehi pendapatan. Dan saya dimaklumkan bahawa Pulau Pinang dan Kota Kinabalu memiliki sinaran langsung cahaya matahari terbaik di Malaysia. Pulau Pinang bukan sahaja memiliki makana, tempat warisan, bukit dan pantai tetapi sinaran matahari juga paling lama.

Pada 1 Disember 2011, SEDA Malaysia menjemput masyarakat termasuk perumahan, IPP kecil dan sederhana ( saiz maksimum ialah 30MV tetapi hanya kapasiti 5MWp diberi untuk solar PV) untuk memohon dan menempah jumlah tenaga elektrik hijau yang mereka perlukan untuk menjualkannya kepada pemegang lesen pengagihan. Terdapat kuota tetap untuk setiap satu daripada sumber tenaga boleh diperbaharui iaitu biomas (termasuk sisa pepejal), biogas (termasuk tapak pelupusan), hidro kecil dan solar PV.

Apa yang membimbangkan ialah FIT mungkin tidak tersedia untuk rakyat Pulau Pinang disebabkan kelulusan diberikan mengikut "First-Come–First Serve". Pada 7 Disember 2011, SEDA melaporkan bahawa jumlah kuota yang tidak dipenuhi untuk solar PV ialah 6650 kW; 1650 kW untuk separuh pertama 2013, 2500 kW untuk separuh kedua dan separuh pertama 2014, masing- masing.

Kalau diterjemahkan angka-angka ini ke dalam isi rumah, ia bermakna bahawa kira- kira 665 pemilik banglo boleh menikmati manfaat daripada baki kapasiti ini. Sekiranya baki kapasiti diambil oleh pemilik rumah berkembar, angka ini akan meningkat kepada 1330 dengan menganggap kapasiti PV yang dipasang adalah 5 kW. Angka bagi rumah teres biasa, dengan andaian kapasiti yang dipasang 3kW ialah 2217. Hanya 2217 isi rumah di seluruh Malaysia menjelang 2013?

Walau bagaimanapun, pendapat saya adalah bahawa kuota untuk solar yang mencakupi 50MW daripada 190MW atau 26% daripada keseluruhan kuota untuk tenaga boleh diperbaharui untuk 2011/2012 adalah tidak mencukupi untuk keseluruhan kuota solar yang telah diambil kecuali beberapa kapasiti tidak penting yang diperuntukkan untuk individu tersebut. Dengan mengambil kira sambutan yang amat menggalakkan bagi FIT untuk solar, saya ingin menggesa SEDA supaya meningkatkan kuota supaya kita dapat mempercepatkan pencapaian 'grid- parity' lantas menjadikan tenaga boleh diperbaharui sebagai cara hidup kita.

"First-Come-First Serve" yang merupakan asas untuk memohon Feed- in Tariff (FIT) sepatutnya digantikan dengan "Fit For All" bagi memastikan semua rakyat Malaysia menikmati manfaat Nano- IPP mengikut 1% cukai yang dibayar dan pemilihan pengeluar tenaga cekap yang diperbaharui. Untuk itu, saya ingin melanjutkan penghargaan dan selamat datang kepada penceramah kita pada hari ini iaitu Cik Chen Wei Nee dan Encik Guntor Tobeng yang akan berkongsi dengan kita tentang pengetahuan mereka berkenaan FIT serta 'solar farming'/ pemasangan solar.

Sekian, terima kasih.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional