red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://ngakorming.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Nga Kor Ming di Ipoh pada hari Isnin, 10hb Januari 2011:

Solidariti bersama Teoh Beng Hock Hangat wang tawaran mencecah paras RM40,000

Kempen Solidariti bersama Teoh Beng Hock semakin hangat! DAP Perak hari ini berjaya mengumpul 600 lagi tandatangan dari rakyat pelbagai kaum, dan jumlah tandatangan Kempen tersebut telah mencecah 70,000 orang!

Selain itu, DAP Perak hari ini juga mengumumkan bahawa wang sagu untuk menangkap pembunuh Teoh Beng Hock atau mana-mana pihak yang berjaya membekalkan keterangan untuk mensabitkan pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kini berjumlah RM40,000!

Memorandum yang disokong oleh 70 ribu rakyat pelbagai kaum ini meminta pihak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat sebab kematian sebenar Teoh Beng Hock dan bukan perkara lain. Ini adalah untuk memastikan kebenaran dapat dibongkarkan demi keadilan bagi keluarga si mati yang dijumpai mati di bangunan SPRM pada Julai 2009 ketika dipanggil menjadi saksi.

Selepas berita tentang DAP Perak menawarkan wang RM10,000 disiarkan pada minggu lepas, kini jumlah derma wang dari orang ramai melonjak ke RM40 ribu. Keputusan inquest bahawa sebab kematian Teoh tidak dapat ditentukan selepas 18 bulan perbicaraan adalah amat mengecewakan, khususnya keterangan di Mahkamah jelas menunjukkan terdapat kesan cedera di leher Teoh Beng Hock sebelum beliau didapati mati di perkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Di Shah Alam.

Saya menggesa pihak kerajaan menghormati hasrat keluarga mangsa dan penubuhan Suruhanjaya Diraja akan berupaya mencari sebab kematian sebenar. Saya berharap kejadian kematian dalam tahanan tidak akan berlaku pada masa depan.


* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Taiping

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional