Ucapan oleh Lim Guan Eng dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihan raya Kebangsaan DAP di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 16hb Januari 2011: Hampir RM2 juta untuk mewujudkan setiap pekerjaan baru menunjukkan ketirisan (leakages) ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihan raya besar akan datang Kerajaan BN telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi. Dengan kata lain RM 67 bilion diperlukan untuk mewujudkan 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru. Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod. Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihanraya besar akan datang. Jelas yang akan bengkerapkan Negara bukanlah Program 100 Hari PR tetapi amalan rasuah dalam BN. Sebaliknya Program 100 Hari PR akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara. Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Idris Jala sendiri yang telahpun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bengkerap pada 2019. BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Malaysia mengalami Gini coefficient ataupun ketidakadilan perbezaan pendapatan di antara yang kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara. Kumpulan termiskin golongan bawah 40% penduduk hanya memiliki 14.3% pendapatan negara sedangkan golongan atas 20% memiliki 50% pendapatan Negara. Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40% penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan. Golongan ini yang akan dibantu oleh Program 100 Hari PR yang di antara lain manambahkan insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka FELDA, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuhraya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin. PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR. Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bengkerap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009. Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya:
Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam 3 tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan. Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Perseketuan. Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol. Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR. *Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
|