Surat terbuka daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen Malaysia (PAC) di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 23hb Januari 2011: Surat terbuka daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen Malaysia (PAC) 21 Januari 2011 YB Datuk Seri Azmi Khalid, Yang Berhormat Datuk Seri, Meminta Segerakan Audit Khas Oleh Ketua Audit Negara Ke atas Skandal Kehilangan RM30 Juta Tropical Island Resort(TIR) Pulau Jerejak Demi Kepentingan Rakyat Pulau Pinang Dengan segala hormatnya kami ingin merujuk kepada pengumuman YB selaku Pengerusi PAC mengenai perkara di atas baru-baru ini. Kami amat berterima kasih atas arahan YB kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit khas ke atas kehilangan RM 30 juta yang dialami oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam skandal penyerahan tanah dan operasi Tropical Island Resort(TIR) Pulau Jerejak sebelum 2008. YB telah menyatakan tidak ada had tempoh masa ditetapkan kepada Ketua Audit Negara untuk menyiapkan audit khas tersebut. Demi kepentingan rakyat Pulau Pinang kami ingin meminta YB mengarahkan audit khas disegerakan dalam masa terdekat dan rumusan mutakhir dibuat agar menangani kehilangan RM 30 juta ini. Jumlah RM30 juta ini amat penting bagi rakyat negeri sebanyak 1.6 juta orang yang dapat menikmati banyak program sosial daripadanya. Lagipun demi masa depan TIR Pulau Jerejak, hala tuju muktamad amat diperlukan. Isu TIR Pulau Jerejak dicetuskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Koh Tsu Koon yang menuduh kerajaan baru kami tidak menguruskannya dengan baik. Ini ekoran bot yang ingin dinaiki oleh YB Tan Sri Koh ke Pulau Jerejak lambat dan terdapat ada ular dalam bilik stor dalam TIR. Sebenarnya YB Tan Sri Koh telah menyerahkan TIR dimiliki 51% oleh Urban Development Authority(UDA) dan 49% oleh syarikat milikan kerajaan negeri, Penang Development Corporation(PDC), sejak 1992. Beliau juga membenarkan hampir semua tanah yang boleh digunakan di Pulau Jerejak diserahkan kepada UDA sejak 2001. Pengurusan operasi TIR tidak berjalan dengan baik dan rugi setiap tahun. PDC tidak pernah terima sebarang dividen daripada TIR. Sehingga sekarang TIR mengalami kerugian terkumpul RM18 juta. Ini bermakna pelaburan PDC sebanyak 49% dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman kepada TIR RM3.6 juta tidak boleh didapat balik. Berdasarkan kepada akaun audit TIR, prestasi kewangan syarikat bagi lapan (5) tahun kebelakangan ini dari 2005 sehingga 2009 adalah seperti berikut :-
Selain daripada kerugian RM 19 juta yang ditanggung oleh PDC, kerajaan negeri pun rugi bila RM10.6 juta kerana kegagalan membayar premium tanah oleh TIR kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang untuk 80 ekar tanah di Pulau Jerejak yang diberikan. Sila lihat lampiran yang disertakan bersama. Amatlah diharapkan tindakan yang sewajarnya harus dikenakan ke atas pihak yang bertanggungjawab atas skandal ini dan membolehkan kerajaan negeri mendapat wang balik daripada golongan yang berhutang. Itulah sebabnya audit khas ini harus disegerakan. Sekian terima kasih. Yang benar, LIM GUAN ENG Lampiran: RUMUSAN TENTANG KEHILANGAN RM 30 JUTA OLEH KERAJAAN NEGERI DALAM TROPICAL ISLAND RESORT SDN BHD (TIR) Jumlah keseluruhan besar kerugian yang dihadapi oleh PDC dan Kerajaan Negeri (menerusi PTG) berkaitan dengan skandal kelulusan tanah Pulau Jerejak kepada TIR adalah sebanyak RM30 juta. Butiran adalah seperti berikut:
*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
|