Kenyataan media oleh Ean Yong Hian Wah di Shah Alam pada hari Sabtu, 30hb Julai 2011: SPRM perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas kematian Teoh Beng Hock Walaupun saya tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, iaitu beliau didorong untuk membunuh diri, tetapi ia telah jelas menunjukan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas kematian Teoh Beng Hock. Ini seperti apa yang ditulis didalam laporan tersebut: [119] Setelah mempertimbangkan semua keterangan secara menyeluruh, kami mendapati bahawa TBH telah didorong untuk membunuh diri oleh soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keji yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai SPRM tertentu yang melibat dalam operasi yang sedang berjalan oleh SPRM Selangor pada malam 15hb dan memasuki pagi 16hb. [225] Semasa sesi soal siasatnya, TBH terpaksa berhadapan dengan jaguh-jaguh soal siasat SPRM seperti Arman yang merupakan pembuli [yang akan memanipulasikan saksi untuk mendapatkan keterangan], Ashraf yang merupakan pendera [seorang yang penuh tipu muslihat[berlagak seperti Machiavelli] dalam caranya bagi mendapat bukti] dan HH yang merupakan seorang ketua yang angkuh [yang tidak ragu-ragu untuk berbohong asalkan hasratnya tercapai, biar dengan apa cara sekalipun]. Jikalau kita meneliti kes ini, operasi untuk menyiasat peruntukkan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor secara besar-besaran pada tahun 2009, merupakan satu tindakan yang berunsur politik untuk merampas kuasa dan menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor yang dirancang oleh Barisan Nasional. Ini boleh kita ketahui melalui laporan di para [183] dan [184] bahawa bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim melancarkan operasi ini "hanya didasarkan atas kepercayaan semata-mata dan tidak disokong oleh fakta-fakta sokongan" dan "mengerakkan keseluruhan SPRM Selangor serta mendapatkan tenaga kerja sokongan daripada pejabat-pejabat SPRM yang lain untuk tujuan ini". Laporan tersebut juga membongkar kemungkinan besar kebabitkan Dato¡¯ Seri Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor di dalam kes ini. Malang sekali, Ketua Bahagian MCA Serdang dan juga bekas ADUN Seri Kembangan Dato' Liew Yuen Keong serta peminpin-peminpin MCA memutarbalikkan fakta dan kisah sebenar kematian TBH dan cuba untuk melindungi pegawai-pegawai SPRM yang bersalah. Sebenarnya, tindakan MCA dan Barisan Nasional dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata untuk merampaskan kuasa di negeri Selangor akhirnya menyebabkan kematian TBH. Dalam masa dua tahun ini, DAP dan juga badan-badan NGO telah banyak kali menganjur forum dan perhimpunan aman untuk menuntut keadilan dan mencari kebenaran terhadap kematian TBH. Tetapi kita tidak pernah melihat peminpin-peminpin MCA menyertai dan mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti tersebut. Apa yang belaku pada 25hb Julai di depan Dewan Orang Ramai Seri Kembangan merupakan sebuah lakonan Dato' Liew dan peminpin-peminpin MCA untuk mendapat publisiti murah. Mereka berpakai baju kuning dan berpura-pura menjadi sebagai "kawan baik" TBH. Sebenarnya, selama dua tahun ini mereka tidak pernah melakukan apa-apa untuk menegakkan keadilan untuk TBH. Gambar-gambar yang kita tunjukkan telah jelas menunjukkan bahawa Dato' Liew dan peminpin-peminpin MCA telah menperalatkan pelajar-pelajar untuk mendemostrasi di depan dewan tersebut. Dato' Liew dan peminpin-peminpin MCA telah berbohong dengan mengatakan mereka merupakan kawan baik kepada TBH. Tindakan yang tidak bermoral ini perlu digutuk dengan sekeras-kerasnya. Mereka bukan sahaja berbohong, tetapi juga tidak hormat kepada mendiang TBH. * Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor & Exco Selangor
|