red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Ahad, 3hb Julai 2011: 

Penahanan Senator UMNO, Ezam Mohamad Nor membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang takut untuk menafikan penglibatan UMNO dalam demonstrasi  

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terkejut dengan pembohongan terang- terangan dan terbuka oleh Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa UMNO tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1/7/2011 di Komtar dan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 10km dan menyerang dua wartawan dari akhbar Cina.

Daripada cuba untuk menafikan dan menutup penglibatan UMNO, Datuk Zainal sepatutnya memohan maaf kepada rakyat di atas penglibatan UMNO ini. Rakaman video perhimpunan haram dan penahanan Senator UMNO, Ezam Mohd Nor oleh pihak polis ketika perhimpunan haram membuktikan UMNO adalah penakut untuk menafikan penglibatan mereka dan mengingatkan kepada pepatah Melayu, "baling batu sembunyi tangan".

Adakah Datuk Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli UMNO dan dilantik oleh UMNO untuk menjadi Senator? Ezam telah mengecam bahawa tidak perlu menunggu pilihan raya dan mahu melakukan lebih banyak bantahan untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri lebih awal. Di mana letaknya kehormatan UMNO terhadap demokrasi dan mandat saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang sah?

Apa yang lebih keji ialah media arus perdana seperti The News Straits Times (NST) terlibat dengan pembohongan UMNO dan tidak menyiarkan berita bahawa Senator UMNO, Ezam telah ditahan oleh polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. NST juga tidak menyiarkan berita 2 wartawan diserang oleh ahli UMNO atau penunjuk perasaan yang telah menghalang lalu lintas di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan hampir 10km. UMNO Pulau Pinang dan Ketua Pemuda UMNO Negeri juga turut hadir dalam perhimpunan haram tersebut.

7 orang yang ditahan bersama- sama dengan Ezam termasuklah Ketua Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin. Ini membuktikan sekali lagi bahawa UMNO bekerjasama rapat dengan perkauman dan anti- bukan Melayu. Gerakan, MCA atau MIC mesti menerangkan mengapa mereka masih menyokong UMNO yang bekerjasama rapat dengan organisasi yang mengamalkan perkauman seperti Perkasa yang melabelkan wanita nenek moyang Cina sebagai pelacur dan nenek moyang India sebagai pengemis dan anjing.

Polis Pulau Pinang mesti mengambil tindakan segera terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan serius menyerang dua wartawan yang sedang mengambil gambar. Kedua- dua wartawan tersebut telah membuat laporan polis dan menyediakan bukti orang yang menyerang mereka dan kenderaan masing- masing. Kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan hanya akan mengesahkan lagi persepsi masyarakat terhadap sikap double- standard yang pihak polis hanya akan bertindak terhadap penyokong PR tetapi tidak mengambil tindakan terhadap UMNO yang berarak dan mengganggu lalu lintas atau memukul wartawan.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional