http://pgforward.blogspot.com/
Laporan polis oleh Ng Wei Aik di di Balai Polis Jalan Patani pada hari Selasa, 7hb Jun 2011: Laporan polis atas artikel-artikel Utusan Malaysia bertajuk "DAP adakan pilihan raya masjid?" Pada 6 Jun 2011, Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel-artikel bertajuk "DAP adakan pilihan raya masjid?" di mukasurat utama dan "Dijangka bermula pertengahan bulan ini / Pilihan raya masjid di P. Pinang?" di mukasurat kelapan, di mana kandungan kedua-dua artikel tersebut cuba mengimplikasikan peranan DAP dalam pelaksanaan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013. Sebenarnya, ini merupakan keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang tidak berkaitan langsung atau tidak langsung dengan DAP dan tiada wakil DAP dilantik ke dalam MAINPP atau bercampur tangan dalam hal-ehwal atau pentadbiran Islam di Negeri Pulau Pinang selama ini. Laporan tersebut berniat jahat untuk memberi pengertian atau gambaran yang tidak betul kepada pihak awam supaya sentimen golongan Muslim dapat diapi-apikan. Laporan tersebut melabelkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai 'Kerajaan DAP Pulau Pinang' telah mengabaikan kewujudan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas) dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang. Dengan ini, pihak awam akan mendapat suatu gambaran yang tidak betul terhadap cara pembentukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, seolah-olah semua keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah dibuat oleh DAP sendiri. Maka, repot polis ini perlu dibuat terhadap Utusan Malaysia yang sekali lagi cuba mengapi-apikan sentimen anti-DAP di kalangan golongan Muslim atau Melayu. Siasatan dan tindakan polis perlu diambil segera terhadap Utusan Malaysia atas kesalahannya dalam menyiarkan laporan berita yang palsu dan ini juga merupakan suatu kesalahan fitnah jenayah. Sekian repot saya. Ng wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang & ADUN Kawasan Komtar
|