red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada hari Ahad, 5hb Jun 2011: 

Dasar Pulau Pinang yang proaktif untuk mempertahankan serta menarik kecenderungan masyarakat bukan sahaja dalam tata pentadbiran yang baik, sistem kerja berasaskan prestasi, pembangunan inovasi dan kreativiti malah juga penetapan kadar upah minimum 

Dasar Pulau Pinang yang proaktif untuk mempertahankan serta menarik kecenderungan masyarakat bukan sahaja dalam tata pentadbiran yang baik, sistem kerja berasaskan prestasi, pembangunan inovasi dan kreativiti malah juga penetapan kadar upah minimum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dalam pertemuan rangka kerja 'Greater Penang Masterplan' (GPM) pada 2 Jun 2011 yang lalu, telah bersetuju bahawa kadar upah minimum perlu dijadikan sebahagian intipati dalam GPM dan menjadikan Pulau Pinang sebagai bandaraya megapolis ketiga di Malaysia.

Tidak seperti kegagalan dasar BN dan MCA dalam pembahagian biasiswa pengajian luar negara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), DAP dan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang telah mengiktiraf pelajar cemerlang berdasarkan prestasi peperiksaan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk diberikan sebagai biasiswa kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak mempunyai capaian dengan USM, apatah lagi universiti-universiti tempatan lain di bawah Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, sekiranya DAP mempunyai berbilion Ringgit peruntukan dalam Kerajaan Persekutuan, maka semua pelajar cemerlang akan diberikan biasiswa seperti yang sepatutnya mereka terima.

Apa yang dilakukan oleh Pulau Pinang adalah dengan membentuk 'Penang Science Council' untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat unggul dalam bidang sains dan teknologi dengan menyalakan semula minat dan semangat di kalangan belia dan memberi inspirasi untuk inovasi. Projek utama Pusat Teknologi Pulau Pinang (Penang Tech Center) yang bernilai RM100 juta akan bertindak sebagai alat pembelajaran dan pengajaran, pusat sehenti atau one-stop center untuk industri tempatan, wadah untuk mempamerkan ciptaan produk dan penghasilan di Pulau Pinang serta sebagai Hab Penyelidikan dan Pembangunan.

Career Assisted Training (CAT Center) atau Pusat Latihan Industri atau Kerjaya dan Penang Skill Development Corporation (PSDC) Center telah ditubuhkan untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja yang berkemahiran. Tambahan pula Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang menawarkan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana dengan tiga pendekatan melalui :-

  1. Khidmat nasihat SMART percuma;

  2. SME Center menawarkan RM40 juta bagi tempoh sewaan kepada teknousahawan bagi tempoh dua tahun untuk membantu memulakan perniagaan; dan

  3. Perkampungan SME atau 'SME Village' yang akan mengumpulkan semua usahawan kecil dan sederhana pada suatu lokasi.

Dengan adanya pentadbiran yang baik dan sebuah bandaraya yang sesuai untuk didiami, Pulau Pinang telah bersedia untuk transformasi ke arah bandaraya antarabangsa dan intelek. Hal ini ternyata apabila Pulau Pinang telah mendahului dalam jumlah pelaburan di Malaysia dengan RM12.2 bilion tahun lalu, atau 36% dari jumlah Keluaran Negara Kasar (KNK) meskipun hanya menpunyai 6% jumlah keseluruhan populasi di Malaysia.

Inisiatif dasar-dasar ini akan membantu bukan hanya untuk membendung penghijrahan cendiakawan tetapi juga memberi inspirasi ke arah budaya inovasi di kalangan belia. BN dan MCA tidak berbuat apa-apa untuk menahan 2 juta rakyat Malaysia berhijrah meninggalkan negara kecuali menyoroti masalah tahunan yang dihadapi oleh pelajar cemerlang iaitu masalah biasiswa pengajian luar negara yang tidak menemui penyelesaiannya.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional