red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 7hb Jun 2011: 

Pengurangan subsidi dapat meningkatkan daya saing, kecekapan dan taraf hidup masyarakat sekiranya disokong oleh kadar upah minimum 

DAP tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Malaysia menyediakan subsidi terbesar di dunia untuk barangan asas seperti minyak petrol, gula, gas, penggunaan dan tarif elektrik serta beras. Hakikatnya, Malaysia menyediakan subsidi terbesar gas di dunia per kapita dalam hal populasi.

Sehingga akhir 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi bagi kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa. Sekiranya harga gas tidak berubah (bagi sektor janakuasa pada RM10.70/mmBtu; dan sektor bukan janakuasa pada RM15.35/mmBtu), kira-kira RM27 bilion dalam tahun 2011 harus ditanggung.

Penerima faedah RM131.3 bilion subsidi tersebut adalah IPPs yang juga menerima manfaat daripada pembeli-pembeli yang dijamin melalui Perjanjian Pembelian Kuasa yang ditandatangani oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Peranan Unit Perancang Ekonomi atau EPU dalam hal ini telah menyebabkan Tan Sri Ani Arope melepaskan jawatan beliau menunjukkan protes beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Tenaga, yang turut merujuk EPU sebagai 'Economic Plundering Unit'.

Kegagalan BN untuk menghapuskan subsidi gas kepada IPPs tidak menunjukkan kreadibiliti dan ketegasan Najib bahawa polisi subsidi BN adalah untuk memberi sejumlah subsidi yang sewajarnya kepada mereka yang sepatutya. Adakah IPPs adalah dalam kalangan kumpulan sasaran yang memerlukan dan memenuhi syarat sedangkan mereka memperoleh berbilion ringgit dengan keuntungan yang luar biasa daripada untuk menikmati subsidi berganda bernilai RM131.3 bilion?

Pengurangan subsidi dapat meningkatkan daya saing, kecekapan dan taraf hidup masyarakat sekiranya disokong oleh penetapan kadar upah minimum, meningkatkan gaji dan menghapuskan subsidi gas berganda untuk IPPs. Laporan menunjukkan bahawa 40% isi rumah di Malaysia memperoleh pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Jadi, bagaimana masyarakat miskin mengekalkan taraf hidup mereka sekiranya kos sara diri meningkat apabila penghapusan subsidi dibuat tetapi pendapatan atau gaji tidak mampu menyaingi kadar inflasi? Antara tahun 2000 sehingga 2010, kadar pendapatan meningkat hanya sebanyak 2.6%, bermakna dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, pendapatan tidak berubah dan kadar pendapatan masih tidak mampu menyaingi peningkatan kos sara hidup.

Penetapan kadar upah minimum dan peningkatan gaji adalah perlu untuk memastikan masyarakat menikmati keadilan dan kesejahteraan hidup. Najib mengakui bahawa kurang daripada dua juta berbanding 12 juta pekerja yang membayar cukai menunjukkan jurang pendapatan dan menyebabkan kadar upah minimum tidak ditetapkan serta tiada kenaikan gaji. Adalah perlu untuk mengembangkan sektor perkhidmatan dan ekonomi berasakan kepenggunaan untuk beralih kepada ekonomi yang berpendapatan tinggi, maka suatu polisi ekonomi yang mengarah kepada pembentukkan peluang pekerjaan, peningkatan gaji, perkembangan industri yang berterusan dan perkembangan inovasi adalah penting.

Malaysia mengalami anggaran defisit yang berlegar-legar di luar kawalan dalam ketidakseimbangan pertumbuhannya. Hutang isi rumah berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia selepas Jepun, antara 64% pada tahun 2008 kepada hampir 76% atau RM581 bilion pada tahun 2010. Dalam erti kata lain, baki belanjawan dan kawalan hutang adalah tidak seimbang untuk jangka masa panjang.

Inilah sebabnya kenapa persoalan DAP adalah rasional, logik dan adil terhadap pemotongan subsidi ke atas barangan seperti gula dan diesel yang mampu menjimatkan ratusan juta ringgit tetapi bukan pemotongan subsidi ke atas barangan seperti subsidi gas berganda kepada IPPs.

Perdana Menteri mendakwa bahawa subsidi adalah 'candu'atau opium, jadi mengapa tidak menghapuskan 'Big Opium' seperti rasuah yang menyebabkan kerugian RM28 bilion setiap tahun atau subsidi gas berganda kepada IPPs berjumlah RM25 bilion tahun ini? Mana-mana kerajaan yang berjiwa rakyat seharusnya melakukannya dahulu sebelum menghapuskan 'Small Opium'seperti subsidi gula, minyak disel dan petrol yang pasti akan menyebabkan masyarakat umum menanggung beban, 10 juta rakyat Malaysia tidak mampu membayar cukai.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional