red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 11hb Jun 2011: 

Kegagalan BN untuk menetapkan kadar upah minimum dan peningkatan gaji memaksa Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang untuk menggunakan sumber yang terhad dalam usaha untuk meningkatkan bantuan kebajikan kepada golongan miskin 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berjaya memainkan peranan baru beliau sebagai 'batu api' kepada PAS dalam usaha mempengaruhi parti itu untuk bertarung dengan DAP dengan mengatakan bahawa penekanan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan merupakan kemenangan DAP. Kemenangan pilihanraya adalah di peringkat Pusat dan DAP dapat memahami kebimbangan Najib dimana PAS sekarang berdiri di pendirian pertengahan, terutamanya untuk membantu masyarakat miskin yang terjejas berikutan pemotongan subsidi oleh UMNO dan BN, yang turut akan menjejaskan undi mereka dalam pilihanraya umum akan datang.

Pemotongan subsidi terkini ke atas barangan harian seperti petrol, gula, tarif elektrik dan beras mempengaruhi 27 juta rakyat Malaysia biasa tetapi pemberian subsidi gas kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) menunjukkan bagaimana BN mengorbankan golongan miskin untuk memberi kebaikan kepada golongan kaya. Itulah sebabnya DAP mencabar Najib untuk menetapkan kadar upah minimum dan peningkatan gaji seiring dengan pemotongan subsidi.

Kegagalan BN untuk melakukannya memaksa negeri Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang untuk menggunakan sumber yang terhad ini untuk melaksanakan beberapa langkah dalam usaha untuk membantu golongan miskin seperti:-

  • meningkatkan pemberian bantuan kebajikan

  • pemberian RM100 setiap tahun kepada 115, 000 warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

  • pemberian RM1000 sekali sahaja kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU

  • penolakan tawaran untuk menaikkan tarif domestik air seperti di Johor yang menjadikan tarif air 3- 6 kali ganda mahal dari Pulau Pinang

  • penubuhan pusat dialisi yang bernilai RM2 juta di Balik Pulau dengan kadar bayaran RM30 bagi setiap satu rawatan

  • peruntukan 150 ekar tanah untuk projek perumahan rakyat di Batu Kawan yang berharga dari RM72, 500 hingga RM220, 000.

Najib menyerang Pulau Pinang kerana memberikan RM100 setiap tahun kepada semua warga emas tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana ini tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa Kerajaan BN sebelum ini gagal memberikan walau satu sen pun apatah lagi RM100 setiap tahun mahupun RM1000 untuk sekali sahaja.

Selain itu, BN nampaknya lebih berminat untuk membantu IPP. Sehingga penghujung tahun 2010, Petronas telah menanggung RM131.3 bilion subsidi gas kepada kedua- dua sektor non- kuasa ini. Penerima manfaat terbesar sebanyak RM131.3 bilion subsidi gas ini sudah tentulah IPP yang mendapat jaminan pembeliannya melalui Perjanjian Pembelian Kuasa yang ditandatangani dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Unit Perancang Ekonomi (EPU) memainkan peranan penting sehingga menyebabkan Tan Sri Ani Arope mengundur diri dari jawatan CEO TNB sebagai tanda protes dan mengelar EPU sebagai ¡°Unit Pengarah Ekonomi'.

Itulah sebabnya kegagalan BN untuk menghapuskan subsidi gas kepada IPP tidak akan menjejaskan kredibiliti kenyataan Najib kerana polisi subsidi BN ialah memberikan sejumlah subsidi yang wajar kepada kumpulan sasaran sahaja. Persoalannya, adakah IPP merupakan salah satu kumpulan sasaran yang memenuhi syarat dan membantu golongan miskin atas keuntungan luar biasa berbilion- bilion ataupun hanya menikmati RM131.3 bilion subsidi gas mega?

Pengurangan subsidi dapat meningkatkan daya saing, kecekapan dan taraf hidup masyarakat sekiranya disokong oleh penetapan kadar upah minimum, meningkatkan gaji dan menghapuskan subsidi gas berganda untuk IPPs. Laporan menunjukkan bahawa 40% isi rumah di Malaysia memperoleh pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Jadi, bagaimana masyarakat miskin mengekalkan taraf hidup mereka sekiranya kos sara diri meningkat apabila penghapusan subsidi dibuat tetapi pendapatan atau gaji tidak mampu menyaingi kadar inflasi? Antara tahun 2000 sehingga 2010, kadar pendapatan meningkat hanya sebanyak 2.6%, bermakna dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, pendapatan tidak berubah dan kadar pendapatan masih tidak mampu menyaingi peningkatan kos sara hidup.

Penetapan kadar upah minimum dan peningkatan gaji adalah perlu untuk memastikan masyarakat menikmati keadilan dan kesejahteraan hidup. Najib mengakui bahawa kurang daripada dua juta berbanding 12 juta pekerja yang membayar cukai menunjukkan jurang pendapatan dan menyebabkan kadar upah minimum tidak ditetapkan serta tiada kenaikan gaji. Adalah perlu untuk mengembangkan sektor perkhidmatan dan ekonomi berasakan kepenggunaan untuk beralih kepada ekonomi yang berpendapatan tinggi, maka suatu polisi ekonomi yang mengarah kepada pembentukkan peluang pekerjaan, peningkatan gaji, perkembangan industri yang berterusan dan perkembangan inovasi adalah penting.

Malaysia mengalami anggaran defisit yang berlegar-legar di luar kawalan dalam ketidakseimbangan pertumbuhannya. Hutang isi rumah berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia selepas Jepun, antara 64% pada tahun 2008 kepada hampir 76% atau RM581 bilion pada tahun 2010. Dalam erti kata lain, baki belanjawan dan kawalan hutang adalah tidak seimbang untuk jangka masa panjang.

Inilah sebabnya kenapa persoalan DAP adalah rasional, logik dan adil terhadap pemotongan subsidi ke atas barangan seperti gula dan diesel yang mampu menjimatkan ratusan juta ringgit tetapi bukan pemotongan subsidi ke atas barangan seperti subsidi gas berganda kepada IPPs.

Perdana Menteri mendakwa bahawa subsidi adalah ¡®candu¡¯ atau opium, jadi mengapa tidak menghapuskan ¡®Big Opium¡¯ seperti rasuah yang menyebabkan kerugian RM28 bilion setiap tahun atau subsidi gas berganda kepada IPPs berjumlah RM25 bilion tahun ini? Mana-mana kerajaan yang berjiwa rakyat seharusnya melakukannya dahulu sebelum menghapuskan ¡®Small Opium¡¯ seperti subsidi gula, minyak disel dan petrol yang pasti akan menyebabkan masyarakat umum menanggung beban, 10 juta rakyat Malaysia tidak mampu membayar cukai.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional