red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 13hb Jun 2011: 

Rakyat Malaysia tidak yakin dengan Barisan Kabinet BN yang mahu menilai semula subsidi gas dan Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Pengeluar Tenaga Bebas akan menyebelahi rakyat Malaysia apabila masih tiada tindakan diambil berhubung RM52 bilion skandal saham Bumiputera 

Rakyat Malaysia tidak yakin bahawa jawatankuasa khas Kabinet BN yang ditubuhkan untuk menilai subsidi gas dan Perjanjian Pembelian Tenaga yang ditandatangani antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) akan memihak kepada rakyat apabila masih tiada tindakan diambil ke atas skandal kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion. Hanya Suruhanjaya Diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil BN dan Pakatan Rakyat (PR) yang terpilih sahaja akan dapat mengembalikan keyakinan umum bahawa rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan rundingan semula IPP berikutan kita telah kehilangannya ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mewajibkan perjanjian subsidi gas yang berat sebelah dan tidak adil yang memberi kelebihan kepada IPP.

Kerajaan telah memperuntukan RM54 bilion saham bumiputera tetapi hanya RM2 bilion sahaja yang tinggal dan masih dipegang oleh bumiputera, RM52 bilion telah diagihkan kepada beberapa pemimpin UMNO dan BN untuk kepentingan diri sendiri. Sekiranya RM52 bilion saham bumiputera masih dipertahankan, ekuiti syarikat bumiputera kini dengan mudah akan melebihi 40%.

Inilah sebab utama yang mana BN enggan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kehilangan RM52 bilion saham bumiputera dan atas sebab itu jugalah, rakyat Malaysia tidak yakin bahawa BN akan menyebelahi rakyat dalam rundingan semula dengan IPP berkenaan. Mereka yang terlibat dalam skandal kehilangan RM52 bilion saham bumiputera dan IPP ini semuanya adalah kroni-kroni BN yang menikmati subsidi yang bernilai berbilion-bilion ringgit disebabkan oleh percaturan politik.

Atas sebab itu jugalah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak akan melihat kepentingan IPP tetapi sebaliknya akan memastikan segalanya akan menyebelahi rakyat, bunyi seperti kosong dan langsung tidak menyakinkan ketika kerajaan BN menolak untuk mengambil tindakan dan memaksa semua yang terlibat dengan skandal saham bumiputera RM52 bilion untuk mengembalikan semula keuntungan haram yang dinikmati dan menyerahkannya semula kepada bumiputera miskin dan orang Melayu.

Inilah sebabnya DAP menyokong cadangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perjanjian IPP dan subsidi gas untuk kebaikan 27 juta rakyat Malaysia. Mengapa hanya seorang ahli parlimen BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah sahaja yang dapat melihat kesan pemotongan subsidi dan kenaikan kadar tarif elektrik terhadap kos sara diri rakyat Malaysia yang biasa?

Adakah Ahli Parlimen BN yang lain terikat dengan IPP dan sanggup melihat pemotongan subsidi kepada golongan miskin akan tetapi langsung tidak menyentuh berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas yang dinikmati oleh IPP, sehingga membolehkan keuntungan tahunan sehingga berbilion-bilion ringgit? Suruhanjaya Diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil pemimpin BN dan PR adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang perjanjian tersembunyi terhadap Perjanjian Pembelian Kuasa antara TNB dan para IPP.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional