red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Rabu, 15hb Jun 2011: 

Koh Tsu Koon sepatutnya lebih konstruktif dalam mengotakan janjinya berhubung pelaburan baru bernilai RM4 bilion dalam penubuhan Pusat Kemerlangan Global oleh syarikat AS daripada cuba untuk mempolitik dan mensabotaj 'Greater Penang Masterplan' 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sepatutnya lebih kontruktif dalam memainkan peranannya bagi membantu Pulau Pinang dengan mengotakan janjinya melalui pelaburan baru sebanyak RM4 bilion melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan Global oleh syarikat Amerika Syarikat daripada cuba untuk terus mempolitikkan dan mensabotaj isu 'Greater Penang Masterplan' (GPM). Koh telah mengumumkan pada 16 Mei 2011 bahawa Perdana Menteri, Dato Sri Najib Abdul Razak akan mendedahkan mengenai pelaburan luar biasa oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat di Pulau Pinang ketika lawatan Najib ke AS bulan lepas.

Koh menegaskan bahawa beliau memainkan peranan penting sebagai penasihat kepada syarikat Amerika Syarikat tersebut dalam membuat keputusan berhubung pelaburan sebanyak RM4 bilion untuk menubuhkan Pusat Kemerlangan Global di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang berita dan bukti nyata berhubung pelaburan baru sebanyak RM4 bilion untuk membina Pusat Kemerlangan Global oleh syarikat Amerika tersebut.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghargai usaha Koh untuk mengotakan janjinya membawa pelaburan sebanyak RM4 bilion, yang mana akan memacu kepada inovasi dan pertumbuhan Pulau Pinang sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan. Di sebalik janjinya untuk membangunkan pelaburan sebanyak RM4 bilion itu, Koh telah melancarkan serangan terhadap Kerajaan Negeri berhubung penyampaian 'Penang Blueprint'.

Saya telah menerangkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyiapkan laporan 'Penang Blueprint' tetapi memutuskan untuk bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala untuk GPM. GPM adalah inisiatif daripada Najib untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandaraya megapolis ketiga di Malaysia.

Seperti 'Penang Blueprint', GPM bukan hanya merangkumi sektor industri dan ekonomi tetapi juga memberikan kelebihan kepada rakyat dan kehidupan yang mapan. Bagaikan ikatan bersejarah iaitu kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, GPM mendemonstrasikan bahawa Kerajaan Negeri boleh menjalin hubungan kerjasama yang matang dengan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Bagi membuktikan ketelusan kita, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenepikan 'Penang Blueprint' yang telah disiapkan lebih awal supaya perbincangan bersama dan pandangan dapat diberikan secara bebas oleh kedua- dua pihak secara peribadi, tanpa halangan oleh tekanan politik dan tanpa dipengaruhi mana-mana parti dalam membuat keputusan. Bagi membolehkan GPM dilaksanakan dengan jayanya, ia tidak boleh datang dari satu pihak sebaliknya kolaborasi yang tegar perlu diwujudkan antara dua-dua pihak. Malangnya ketelusan dari Kerajaan Negeri telah digunakan oleh Koh untuk menyerang Kerajaan Negeri bahawa gagal dalam penyampaian 'Penang Blueprint'.

Koh melihat GPM sebagai ancaman terhadap usaha untuk merampas semula Pulau Pinang dan oleh itu cuba untuk mempolitikkan dan mensabotaj perkara tersebut. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mahu terus bermain permainan politik berhubung GPM kerana ia akan menjejaskan masa depan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang.

Atas sebab itu juga daripada terus termakan dengan permainan politik Koh, kita boleh mencabar supaya Koh letak jawatan dengan hanya membentangkan laporan 'Penang Blueprint' kepada umum tetapi kita menahan dan tidak berbuat demikian. Bagi kita, mempraktikkan tanggungjawab kita dalam mentadbir Pulau Pinang dengan lebih baik melalui cara lebih matang adalah lebih penting daripada mendapat markah politik dengan membuktikan bahawa Koh berbohong.

Lazimnya, prestasi Koh secara langsung atau tidak ketika beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sudah ditentukan oleh rakyat Pulau Pinang ketika pilihanraya pada tahun 2008. Namun untuk membuktikan Koh adalah salah, Kerajaan Negeri mempelawa Koh untuk melihat sendiri laporan 'Penang Blueprint' di pejabat saya. Sayangnya Koh tidak pernah membuat sebarang temu janji untuk melihat laporan 'Penang Bluerprint' ketika beliau boleh berbuat demikian sebaliknya memilih untuk terus menyerang Kerajaan Negeri dan mempolitikkan isu ini serta mensabotaj GPM.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengumumkan laporan 'Penang Blueprint' sebaik GPM diputuskan.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional