red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 18hb Jun 2011: 

Chua harus menjelaskan mengapa beliau menyokong BN Sarawak yang terlibat dengan rasuah  

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu menjelaskan mengapa beliau menyokong dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang Terlibat dengan rasuah ketika pilihan raya umum Sarawak yang lalu. Dalam satu laporan yang disiarkan oleh Malaysian Insider, Chua menegaskan bahawa DAP akan gagal untuk mengulangi kejayaan pilihan raya Sarawak di Semenanjung Malaysia kerana undi rakyat Cina di Sarawak adalah sebab ketidakpuashati terhadap budaya kroni dan pentadbiran kerajaan negeri yang dituduh rasuah.

Sebaliknya menentang rasuah, Dr Chua telah pilih menyerang pengundi Cina yang undi untuk menentang BN dengan mengancam mereka bahawa MCA akan menarik diri daripada kerajaan sekiranya MCA gagal dalam pilihan raya umum akan datang. Jelasnya, Dr Chua terpaksa mengakui dengan tersirat terhadap tuduhan rasuah Tan Sri Abdul Taib selama ini selepas Presiden Switzerland, Micheline Calmy- Rey mengarahkan agar satu siasatan penuh dijalankan terhadap pengubahan wang haram yang berkaitan dengan Abdul Taib bagi membuktikan bahawa kerajaan Switzerland begitu komitmen dalam membanteras gejala rasuah dan pengembalian dana yang telah digelapkan kepada negara masing-masing.

Chua cuba mendesakan kawalan kerosakan salah laku BN adalah tidak bezanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM hanya mengesahkan siasatannya ke atas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan terhadap rasuah balak selepas siasatan dijalankan oleh Switzerland. Ini adalah contoh yang sangat memalukan seperti kata pepatah Ingeris "Selepas kuda dah lari diri barulah tahu tutup pintu"(bolt the stable doors after the horses have bolted)

Chua seharusnya menjelaskan secara rasional dan logik apakah yang MCA sokong apabila MCA tidak berjuang menentang rasuah moral dan kewangan tetapi sanggup berkempen untuk kerajaan negeri Sarawak dan Ketua Menterinya yang terlibat dengan rasuah.

Adakah Chua bersedia menjelaskan mengapa beliau tidak menimbulkan skandal kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion yang sepatutnya diagihkan kepada kaum melayu yang miskin dan kaum Bumiputera di Sabah Sarawak tetapi telah dirampas oleh pemimpin BN? Atau menjelaskan sama ada beliau akan mengambil tindakan ke atas Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen yang membelanjakan RM1.8 million untuk menyediakan 6 laman sesawang Facebook sedangkan ianya boleh dibuat secara percuma?

Selagi Chua tidak mampu menunjukan MCA menegaskan komitmen yang tinggi untuk menentang rasuah sedangkan perkara ini wujud, ancaman MCA untuk menarik diri daripada kerajaan adalah tidak bermakna dan tidak berkaitan kepada rakyat. Rakyat Malaysia telah kehilangan beratus bilion ringgit daripada amalan rasuah ini. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala telah memberi amaran bahawa Malaysia akan menghadapi muflis mejelang tahun 2019. Hanya rakyat Malaysia boleh menyelamatkan negara daripada muflis dengan menolak pemimpin- pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan pemimpin yang menyokong mereka yang terlibat dengan rasuah.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional