red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Rabu, 29hb Jun 2011: 

Subsidi barangan keperluan harian hanya 10% daripada subsidi gas 

Saya terkejut apabila mengetahui Kerajaan Persekutuan mengenakan pemotongan subsidi barangan keperluan harian yang membebankan rakyat tetapi masih kekalkan subsidi tinggi bagi gas petroluem cecair, diesel dan petrol yang menguntungkan Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Mengikut jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini, subsidi kerajaan bagi barangan keperluan harian seperti padi, beras, gula dan tepung hanya 10% daripada subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol.

Subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol pada tahun 2011 adalah RM 10.25 billion (dan telah ditambah sebanyak RM5.6 billion kepada RM15.9 billion kerana kerajaan terpaksa menambah subsidi untuk mengekalkan harga runcit RON95), tetapi subsidi untuk barang-barang keperluan rakyat seperti beras, gula dan tepung hanya RM 1.5 billion. Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak memotong subsidi kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol, dan mengembalikan subsidi yang benar-benar dapat meringankan beban rakyat golongan pertengahan dan bawahan tanpa membebankan kedudukan kewangan negara?

Kerajaan yang berjiwa rakyat sepatutnya mengurangkan beban rakyat jelata dan bukannya membantu kroni-kroni mereka untuk mencapai kejayaan. Nampaknya Kerajaan BN buat yang sebaliknya.

Di Dewan Rakyat, Lim bertanya apakah Iangkah Kerajaan dalam mengatasi inflasi dan mengurangkan kesannya terhadap peniaga dan rakyat Malaysia ekoran penarikan subsidi diesel dan statistik kenaikan harga barang mentah, minyak dan diesel sejak lima tahun lalu.

Menteri Kewangan menjelaskan bahawa Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM23.7 bilion atau 14.6% daripada perbelanjaan mengurus bagi jumlah keseluruhan subsidi untuk tahun 2011. Pecahan terperinci perbelanjaan tahunan subsidi mulai tahun 1999 hingga 2011 adalah seperti dalam Jadual di bawah.

Beliau mengatakan bahawa pada bulan Mei 2011, subsidi gula telah dikurangkan 20 sen yang dijangka memberi penjimatan sebanyak RM117 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak RM283 juta. Selain itu, pemansuhan diesel super subsidi bagi pengangkutan darat tertentu seperti penggerak utama (prime mover), kargo am dan teksi limosin serta nelayan laut dalam (zon C2) mulai 1 Jun 2011 dijangka menghasilkan penjimatan sebanyak RM712 juta.

Penjimatan daripada pemotongan subsidi tersebut tak sampai RM 1 billion tetapi tetap telah membebankan rakyat. Sebaliknya subsidi untuk gas dan minyak telah bertambah.

Mengikut Jadual Subsidi Tahunan, berbanding dengan tahun lepas, semua subsidi tahun ini untuk syarikat besar naik kecuali subsidi untuk rakyat biasa telah turun. Ini memberikan gambaran bahawa kerajaan persekutuan lebih memberikan prihatin kepada syarikat besar dan kaya daripada rakyat miskin. Contohnya subsidi untuk gas dan minyak telah naik daripada RM 9,605 juta dalam 2010 kepada RM 10,256 juta dalam 2011 (dan ditambah RM 5.6 billion kepada RM 15.9 billion). Manakala subsidi bantuan kebajikan lain untuk orang miskin telah turun daripada RM 2,376 juta untuk 2010 kepada RM 1,879 juta untuk 2011. Subsidi untuk beras dan gula pun telah turun daripada RM 1,927 juta untuk 2010 kepada RM 1,572 juta untuk 2011. Dan lagi, insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan pun telah turun daripada RM 524 juta untuk 2010 kepada RM 401 juta untuk 2011.

Jelas dalam gelombang pengurangan subsidi, subsidi untuk rakyat biasa dan miskin dipotong lebih secara perbandingan dengan subsidi untuk korporat.

JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR SUBSIDI (RM JUTA) ~ 1999 - 2011

Komponen Gas Petroleum Cecair (LPG), Diesel & Petrol Bantuan Pendidikan1 Bantuan Kebajikan Lain2 Subsidi Perbezaan Kadar Faedah & Elektrik Padi, Beras, Gula & Tepung Skim Penstabilan Harga Minyak Masak Insentif3 Lain-Lain4 Jumlah
1999 458 396 519 29 1402
2000 3170 455 353 546 300 4824
2001 2881 635 7 38 566 426 4553
2002 1651 477 9 795 531 214 3677
2003 1006 709 11 580 374 2680
2004 3343 921 12 519 635 366 5796
2005 10984 982 14 628 626 153 13387
2006 7558 1018 12 522 841 161 10112
2007 7473 1176 15 741 709 155 212 10481
2008 17556 8974 37 815 438 1943 4137 35166
2009 6190 6698 1605 1085 2138 1091 1538 20345
2010 9605 5987 2376 1367 1927 828 524 493 23107
2011B 10256 6756 1879 1581 1572 928 401 331 23704

*** Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan bagi subsidi petroleum, diesel dan LPG sebanyak RM 5.6 billion daripada RM 10.3 billion kepada RM 15.9 billion bagi tahun 2011. Begitu juga dengan subsidi minyak masak di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ditambah sebanyak RM 700 juta daripada RM 928 juta kepada RM 1.6 billion bagi tahun 2011, menjadikan jumlah besar Perbelanjaan subsidi RM 30 billion. *****

1 Daripada tahun 2008, biasiswa dan bantuan pelajaran diklasifikasikan di bawah subsidi.

2 Termasuk bantuan kepada golongan miskin, warga emas, Orang Asli, orang kelainan upaya dan golongan mudah terjejas.

3 Insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan.

4 Termasuk rebat tunai dan lain-lain.

B Bajet 2011.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional