red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://drboochenghau.blogspot.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Dr. Boo Cheng Hau di Pusat Khidmat ADUN Skudai, Skudai, Johor pada hari Khamis, 17hb Mac 2011:

Siasatan terhadap serahan ucapan penangguhan

Saya menyeru semua pihak mempertahankan demokrasi Dewan Negeri Johor dan membenarkan ahli-ahli pembangkang bersuara dalam Dewan Negeri termasuk menyampaikan ucapan penagguhan.

Saya telah membuat bantahan semasa persidangan Dewan Negeri Johor pada hari ini serta menghantar surat bantahan kepada Y.B. Dato' Mohd Ali Hassan, Speaker Dewan Negeri Johor yang juga memerangkap Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor supaya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dapat memulakan siasatan terhadap kemungkinan penyelewengan dalam proses memutuskan ahli-ahli dewan yang dapat menyampaikan ucapan penangguhan.

Menurut Peraturan Tetap 119(4) Dewan Negeri Johor Mesyuarat Keempat Persidangan Penggal ke-3 Dewan ke-12 yang baru-baru bersidang hari ini membenarkan maksimum 5 orang ahli dewan menyampaikan ucapan tangguhan. Menurut Peraturan tetap 119(5), jika bilangan ahli dewan yang menyerahkan ucapan tangguhan (seminggu sebelum) melebihi 5 orang, maka undi bersurat akan diadakan di antara ahli-ahli dewan untuk memutuskan 5 orang ahli dewan yang dipilih akan dibenarkan berucap.

Setakat ini, ahli-ahli Dewan Pakatan Rakyat dinafikan peluang menyampaikan ucapan penangguhan sebab Barisan Nasional mempunyai majoriti yang besar dalan Dewan Negeri Johor melalui undi bersurat. Walaupun saya telah mencuba beberapa kali berunding dengan Pengerusi Kelab Bekbencher Y.B. Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman (Adun Machap) supaya nisbah ahli dewan menyampaikan ucapan tangguhan adalah Barisan Nasional 4 atau 3 orang dan di sebaliknya,1 atau 2 orang ahli dewan Pakatan Rakyat, seumpama yang dipraktik dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri lain.

Malangnya pihak Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman enggan menerima cadangan pihak pembangkang.

Malahan semasa persidangan ini penyerahan ucapan tangguhan terdapat kekurangan konsistensi terhadap bilangan ucapan penangguhan yang diserahkan.

Pada jam 11:23 pagi 11 Mac Hari Jumaat saya telah dimamklumkan oleh Pejabat Jurutulis melalui SMS cuma 6 orang Ahli Dewan yang menghantar ucapan tangguhan termasuk 3 roang ahli DAP dan 3 orang Barisan nasional. Ini bermakna bilangan ahli dewan yang menghantar ucapan tangguhan adalah 1 orang lebih dari kuota maksimum yang ditetapkan oleh Peraturan Tetap Fasal 119(4), yakni sekurang-kurangnya salah dua orang ahli DAP akan dapat berucap pada Mesyuarat Dewan 17 Mac.

Malangnya Pada jam 2:13 petang hari yang sama pula saya dimaklumkan melalui SMS bahawa ada 8 orang Ahli Dewan yang menyerahkan ucapan tangguhan kepada Pejabat Jurutulis termasuk 5 orang ahli BN dan 3 orang DAP.

Seperti mesyuarat persidangan dahulu, ahli pembangkang tidak akan dipilih untuk memberikan ucapan tangguhan sebab ditewas oleh undi majoriti BN di dalam dewan menurut Peraturan Tetap 119(5).

Ini bermakna ada kemungkinan ucapan tangguhan dua orang ahli BN diserahkan selepas tarikh penutup, iaitu 10 Mac, diterima di luar lingkungan Peraturan Tetap.

Oleh itu, saya memohon supaya Jawantankuasa Hak dan Kebebasan dapat menyiasat sebabnya ahli-ahli pembangkang terpinggir secara sengaja serta ditolak hak untuk memberikan ucapan tangguhan walaupun saya telah sering meminta dibenarkan satu atau dua orang ahli Pembangkang diberikan peluang untuk memberikan ucapan penangguhan seperti berlaku di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri lain.

Saya berharap pihak Dato' Speaker dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan mengambil berat aduan saya, menyiasat serta mempertahankan demokrasi Negeri Johor termasuk membenarkan ahli-ahli pembangkang bersuara dalam Dewan Negeri.


* Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi Negeri DAP Johor & ADUN Kawasan Skudai

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional