red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Ucapan terima kasih oleh Dr. Hiew King Cheu atas ucapan pembukaan Yang Di-Pertuan Agong pada pembukaan sesi 4 Parlimen ke-12 pada hari Isnin, 7hb Mac 2011:

Ucapan terima kasih atas ucapan pembukaan Yang Di-Pertuan Agong pada pembukaan sesi 4 Parlimen ke-12

Yang di-pertua,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana mengambil perhatian yang berat atas kesejahteraan tentang negara dan rakyat.

Tentu saja, sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya perlu bercakap untuk kesejahteraan dan hak-hak rakyat Sabah, dan di Parlimen adalah tempat yang terbaik untuk menyuarakan masalah dan permintaan dari semua rakyat Sabah.

Kita, di Sabah menghadapi banyak dan bebagai masalah. Memang benar bahawa kita memang diketepikan, diabai dan kadang-kadang telah dilupakan oleh Kerajaan Persekutuan. Masalah-masalah yang dihadapi oleh Sabah telah menjadikan Sabah dikenali sebagai "Negara Termiskin di Malaysia". Ini telah ditunjuk jelas Sabah menpunyai kemiskinan yang tertinggi, pendapatan tahunan yang sangat rendah, perkembangan industri terbelakang, pekerja tempatan berkerja di luar Sabah, kekurangan profesional, tidak ada pelaburan asing, dan kekurangan pertumbuhan ekonomi.

Walaupun Sabah kaya dengan sumber Minyak dan Gas, tetapi dengan hanya 5% diberi kepada Sabah, Sabah tidak dapat membuat perubahan dan kemajuan yang sempurna. Sejak Perjanjian Petronas dengan Sabah dibuat lebih kurang 33 tahun dahulu, kita hanya dapat jumlah peruntukan yang sangat kecil iaitu RM5.3 bilion daripada 5%, sedangkan sisa wang dari lapangan minyak kami semua pergi ke Persekutuan. Mengapa Perjanjian Petronas masih tidak dikaji semula untuk menbolehkan Sabahan memiliki peratusan lebih besar dari sumber alam kita ini. Beri kepada kita 10% bahagaian dan ini akan membantu ribuan Sabahan mendapat pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan, meninggikan taraf hidup tinggi dan mempunyai masa hadepan yang cerah.

Masalah-masalah pendatang tanpa izin di Sabah telah berkembang menjadi salah satu situasi "suka dan benci" dilema. Kita tidak mahu mereka datang ke negeri kita untuk menberi masalah bagi kami, membawa wang kami ke luar negeri, merompak rakyat kita, merogol gadis-gadis kami, mencuri dari kami, membuat masalah sosial, mengedar dadah dan buat kejahatan, tapi kami tidak boleh mengutuk semua mereka ini, kerana sudah menjadi kebiasaan di Sabah untuk menggunakan PTI untuk membantu membuat kerja kami dalam segala aspek, dan juga kerja di rumah kita. Cuba bayangkan apakah isteri anda akan tanya apabila penolong rumah anda seperti dari Indonesia berhenti kerja. Ladang-Ladang kami di Sabah sangat bergantung kepada kekuatan tenaga pekerja asing, dan jumlah pekerja asing adalah hampiri 700,000, semua ini mereka adalah PTI, ada yang mempunyai dokumen ada yang dan ada yang tidak. Bagaimana jika pekerja-pekerja berhenti kerja atau ditangkap dan dihantar balik? Saya minta Kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya di Raja untuk mengkaji masalah PTI dan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Sabahan sepanjang masa ini. Pengeluaran Mycard kepada orang asing dan menjadikan mereka sebagai warganegara bukanlah sesuatu isu yang baru di Sabah, dan banyak dari orang-orang "bumiputera baru" telah menjadi pemilih dan boleh mengundi. Sudah banyak kes telah didedahkan dan banyak buku telah dikeluarkan tentang pekara ini. Apakah cadangan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap pekara ini?

Sebenarnya kami di Sabah menghadapi situasi dalam pengeluaran makanan dan keselamatan. Kami telah banyak dengar bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan pengeluaran makanan terutama dalam projek Padi Jelepang di Kota Belud dan Kota Marudu. Tetapi hingga hari ini, kita belum nampak apa-apa pembangunan dan peningkatan bagi pengeluaran padi sedekat ini. Kami masih bergantung kepada beras import. Apa yang terjadi jika makanan import dihentikan kerana masalah tertentu, apakah kita akan menghadapi kelaparan? Ini benar-benar tidak ada kawalan ke atas bekalan makanan kita di Sabah, dan ini adalah sebenarnya tanggung jawab bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Sila ambil perhatian yang berat ke atas pekara ini dan ini adalah suatu pekara yang sangat marunsingkan bagi semua Sabahan.

Di antara masalah yang dihadapi oleh Sabahan adalah infrastruktur yang buruk dan kekurangan dan semua pun tahu betapa buruknya situasi itu. Kami masih mempunyai banyak projek jalan-raya di bawah RMK8 dan 9 yang belum bermula menbina dan masih menunggu peruntukan dari Persekutuan. Banjiran di seluruh Sabah yang tidak dapat diselesaikan, dan selain daripada masalah banjir sentiasa di Beaufort, sekarang kita boleh lihat di Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kota Marudu dan Kota Kinabalu juga menghadapi banjir, banyak aset hilang dan bahkan nyawa pun turut hilang. Adakah kerajaan akan membantu kita untuk menyelesai perkara banjir ini atau mereka fikir ini adalah kejadian biasa dan Sabahan boleh menyelesai sendiri tanpa masalah.

Demi segi perkembangan industri, kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat dan usaha untuk menggalakkan pelabur asing datang untuk melabur di industri kita yang berpotensi untuk mendapat keuntungan tinggi seperti minyak sawit, kayu, minyak dan gas dan banyak sumber daya alam yang lain. Kerajaan harus membantu untuk menjemput pelabur asing untuk datang ke Sabah dengan cara memberikan insentif, hak istimewa, pembebasan cukai dan tanah percuma jika diperlukan. Yang paling penting adalah untuk mendapatkan bekalan tenaga dan air yang cukup untuk menyokong industri. Sampai saat ini kita masih memiliki bekalan tenaga yang sering tergendala dan kekurangan air di bandar-bandar di Sabah. The "Cabotage" dasar merupakan balangan besar bagi pembangunan industri dan ini bukan hanya mengahalang dan menghentikan pelabur industri asing untuk datang ke Sabah, tetapi mempengaruhi harga barangan. Tibalah masanya Kerajaan harus mempertimbangkan kembali dasar ini dan cari jalan untuk penyelesaian yang lebih layak.

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Simon Sipau atas situasi Sabah dahlu dan sekarang, memang dia berani membuat kenyataan dan ini adalah sesuatu yang kami di Sabah turut mengalu-galukan. Dari ucapan saya di sini, saya secara ringkas mencermin hanya beberapa dari keluhan dan isu yang di hadapi oleh rakyat kita. Untuk menjelaskan secara ringkas, kita sekurang-kurangnya 15 tahun kebelakang bila dibandingkan dengan Semananjong. Kampung kami masih merupakan kampung yang ketinggalan selepas 48 tahun di Malaysia, tidak ada perubahan sama sekali, sementara kampung di Semananjong sudah berubah menjadi bandar-bandar besar dan bahkan menjadi pusat industri dan pelancongan. Kami mengalami segala kekurangan dan memelukan banyak peruntukan dana utuk pembangunan.

Dengan ini, saya akan menamatkan ucapan saya di sini, dan berharap para pemimpin Persekutuan kami boleh membuat perbincangan bersama dan berfikir secara mendalam samada Sabah di beri bantuan untuk menghormati Perjanjian Malaysia atau tidak, dan ini hanya untuk mengingatkan pekara pilihanraya umum akan diadakan tidak lam lagi dan rakyat Sabah akan membuat keputusan mereka.

Datuk Speaker, Terma Kasih.


* Dr Hiew King Cheu, MP for Kota Kinabalu

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional