red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada hari Rabu, 18hb Mei 2011: 

Kerajaan BN seharusnya menghapuskan terlebih dahulu 'candu besar' pemberian RM19 bilion subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan Sektor Kuasa Komersial sebelum menghapuskan 'candu kecil' subsidi gula, diesel dan petrol untuk rakyat 

Kerajaan BN seharusnya menghapuskan terlebih dahulu 'candu besar' iaitu pemberian RM19 bilion setahun bagi subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan sektor kuasa komersial sebelum menghapuskan 'candu kecil' iaitu subsidi gula, petrol dan diesel untuk rakyat. DAP menentang sekeras- kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna.

Pemerintahan Najib menjangkakan penjimatan sebanyak RM659.3 juta tahun ini dengan menghapuskan subsidi diesel tetapi masih perlu membayar RM116 juta untuk membiayai subsidi sektor pengangkutan awam. Mereka yang terlibat tidak dapat lagi membeli diesel dengan harga RM1.48 per liter tetapi perlu membayar RM1.80 untuk harga pam. Kesemua pembawa kargo, van, lori- lori yang membawa minuman, kapal- kapal yang membawa muatan tepung, barang sejuk beku, tangki air, teksi limousine, van Luton dan kapal laut dalam untuk memancing kategori C-2 akan terpengaruhi oleh kenaikan harga diesel tersebut.

Mengapa rakyat dan 27 juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung kenaikan harga ketika beberapa syarikat raksasa di dalam IPP tidak sedikitpun berasa terbeban walau satu sen dengan pemotongan subsidi tersebut? Penghapusan subsidi kepada masyarakat miskin menambahkan derita berikutan upah yang rendah sementara keuntungan IPP meningkat kerana mereka menikmati subsidi gas RM19 juta setahun tersebut. Laporan menunjukkan bahawa 40% isi rumah di Malaysia memperolehi pendapatan kurang daripada RM1500 sebulan dengan beberapa laporan menyatakan bahawa 34 % daripada pekerja di Malaysia memperolehi gaji bulanan di bawah garis kemiskinan iaitu sebanyak RM700.

Antara tahun 2008 dan 2010, bayaran upah hanya meningkat sebanyak 2.6%; bermaksud pada 10 tahun terakhir, trend penerimaan upah dan gaji tidak langsung berpadanan dengan peningkatan kos sara hidup. Ini diikuti dengan hutang isi rumah kepada KDNK iaitu sebanyak 78 % dan dijangka akan meningkat hingga 80 % dalam tempoh dua tahun akan datang.

Seharusnya ada dua cabang pendekatan dalam menangani penghapusan subsidi yang dianggap sebagai candu oleh Perdana Menteri. Gelaran yang diberikan dilihat seperti tidak sensitif dan tidak adil kepada golongan miskin yang memerlukan beberapa keperluan subsidi untuk mengatasi kenaikan harga barang.

Pertama berkaitan dengan candu rasuah yang lebih besar yang telah menyebabkan kerugian tahunan minimum sebanyak RM28 bilion setahun dengan anggaran beberapa lagi kerugian mencecah US $100 bilion sejak tahun 1980-an. Kedua ialah memadamkan candu besar dari subsidi gas yang sepatutnya boleh diselamatkan puluhan bilion ringgit setahun sebelum menghapuskan candu kecil yang hanya menjimatkan ratusan juta ringgit.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional