red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan persidangan media oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada hari Khamis, 19hb Mei 2011: 

Pulau Pinang menyasarkan RM6.1 bilion Pelaburan untuk tahun 2011 bagi menarik tambah nilai yang lebih tinggi, berteknologi tinggi, industri berasaskan pengetahuan yang dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan, perpindahan teknologi serta industri yang inovatif 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan untuk mencapai RM6.1 bilion dalam pelaburan untuk tahun ini di mana 50% daripada RM12.2 bilion pada tahun 2010 dan menduduki tangga pertama dalam pelaburan untuk pertama kalinya di Malaysia. Angka yang lebih rendah telah ditetapkan untuk menarik tambah nilai yang lebih tinggi, berteknologi tinggi, industri berasaskan pengetahuan yang dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi, perpindahan teknologi dan industri yang inovatif. Tambahan daripada itu, laporan Gartner pada September 2010 menunjukkan bahawa pertumbuhan pendapatan semi konduktor dunia dijangka akan menurun daripada 31.5% pada tahun 2010 ke 4.6% pada tahun 2011. ini bermakna kadar pertumbuhan akan lebih meruncing.

Pada masa yang sama, terdapat keperluan untuk memperkukuhkan (menggabung atau menyatukan) rekod pelaburan pada tahun lalu agar kekurangan tenaga kerja dan pekerja mahir tidak akan melimpah ruah dan merosakkan industri. Menurut laporan terbaru MIDA, pada tiga bulan pertama tahun 2011 telah menyaksikan keseluruhan RM1.8 bilion telah diluluskan daripada 20 projek untuk Pulau Pinang.

Pulau Pinang menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang telah diluluskan untuk negara iaitu RM12.2 bilion dari Januari hingga Mac 2011. FDI yang telah diluluskan untuk Pulau Pinang sebanyak RM991 juta merupakan 21 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI yang telah diluluskan untuk Malaysia. Ketika ini Pulau Pinang menduduki tempat keempat di Malaysia.

Pada tahun 2010, RM12.2 bilion pelaburan di Pulau Pinang dijangka akan dapat menjana 21, 000 peluang pekerjaan baru. Dengan situasi negeri yang sifar pengangguran masa kini, pihak berkuasa negeri harus berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti sumber manusia dan pembangunan SME (perusahaan kecil dan sederhana).

Dalam menangani cabaran ini, Kerajaan Negeri melalui investPenang telah merancang beberapa program seperti penubuhan Penasihat Pemasaran SME, Pusat Sumber dan Latihan (SMART) dan Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja. Pusat SMART ditubuhkan secara khusus untuk memudahkan semua SME di negeri ini untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penyediaan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh pusat tersebut.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut bekerjasama secara erat dengan PSDC dalam usaha untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) juga telah menunjukkan komitmen untuk melatih bakat-bakat baru serta menetapkan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan untuk perkembangan sains dan teknologi.

Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 bagi membantu para penganggur mereka yang diberhentikan telah digubal semula peranan dan tanggungjawabnya bagi menarik dan mengekalkan bakat sedia ada. Misi pusat CAT adalah untuk menjenamakan semula Pulau Pinang sebagai tempat yang sesuai untuk bekerja dan hidup dengan moto baru 'My Penang, My Workplace' dengan menitikberatkan peluang, ekonomi dan taraf hidup.

Pulau Pinang boleh kembali memimpin dengan bukan sahaja sebagai 'sweatshop' tetapi juga 'smartshop' dalam industri perkilangan di Malaysia.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional