red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 19hb Mei 2011: 

Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal dalam memerangi gejala rasuah, memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti berikutan kegagalan mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia dari anak tangga ke 10 pada tahun 2010 ke tangga 16 pada tahun 2011 

ETP yang menjadi kebanggaan Barisan Nasional telah menunjukkan tanda- tanda kegagalan apabila gagal mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia di bawah Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam daya saing antarabangsa 2011 apabila jatuh 6 anak tangga dari tangga ke -10 pada tahun 2010 ke tangga ke- 16 pada tahun 2011. Jelas sekali ETP tidak berjaya untuk memenangi perang melawan rasuah mahupun memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti.

Malah Tranparency International turut menyatakan keprihatinan bahawa rasuah bukan sahaja telah memburukkan tetapi juga telah membawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia ketika ini ke tangga yang rendah iaitu di tempat ke- 56 pada tahun 2010. Pada tahun 2002, Malaysia berada di tangga ke- 33.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada tahun 2010 menurun sedikit iaitu daripada 4.5 pada tahun sebelumnya kepada 4.4 daripada mata penuh 10; di mana markah 10 adalah paling rendah rasuah, menjadikan Malaysia setaraf dengan Negara Namibia dan Turki. Ketidakmampuan Malaysia memerangi rasuah adalah disebabkan penolakan keras untuk melaksanakan amalan terbaik antarabangsa dalam corak pemerintahan seperti sistem tender terbuka, penilaian berasaskan prestasi dan tindakan tegas dalam melawan gejala rasuah dan pengurusan kewangan yang salah.

Amalan rasuah dianggarkan bernilai RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak US$100 telah hilang sejak tahun 80-an. Hal ini tidak menghairankan apabila permasalahan ini telah didedahkan oleh Washington melalui laporan Global Financial Integrity bahawa hampir RM888 bilion wang haram telah dipindahkan secara diam-diam ke luar Negara sejak 9 tahun lalu iaitu dari tahun 2000- 2008. Sebahagian besar wang haram dikesan melalui kegiatan rasuah dan jenayah.

Kebanyakan kerugian besar dalam skandal kewangan dibiarkan tanpa sebarang hukuman. Bahkan whistle-blower tidak dilindungi untuk berdepan dengan risiko hukuman yang berat. Kadang kala mereka yang bertanggungjawab dengan skandal masih boleh mencabar dan mengancam untuk mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membersihkannya.

Selain daripada rasuah dan kegagalan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah rasuah, daya saing Malaysia juga telah dipengaruhi oleh pemikiran sempit daripada bakat luar dan perkhidmatan jalur lebar yang lemah. Malaysia mempunyai perkhidmatan jalur lebar yang rendah dengan capaian internet yang kurang daripada 50 peratus. Ditambah dengan lebih daripada 2 juta rakyat Malaysia yang terbaik dan bijak telah berhijrah ke luar Negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, kedudukan daya saing Malaysia adalah seperti yang telah dijangka dan tidak mengejutkan.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional