red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Utusan Awal Muharam 1433H oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Ahad, 27hb November 2011: 

Mencadangkan menaikkan bayaran kepada RM200 dan bukan RM100 one-off untuk Program Anak Emas 

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam yang meraikan 1 Muharram 1433H. Sempena perayaan Awal Muharam 1433H, saya akan mencadangkan kepada mesyuarat EXCO pada minggu depan agar bayaran program anak emas Pulau Pinang dinaikkan kepada RM 200 one-off daripada bayaran asal RM 100.

Kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM 100 setiap tahun dan RM 1,000 "one-off" urusan jenazah kepada si waris demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri PR anggap program anak emas ini adalah satu cadangan baik untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru. Program Anak Emas telah dicadangkan awal tahun ini dengan bayaran RM100 one-off dibayar untuk semua bayi kelahiran mulai 1 Januari 2011 di mana salah satu ibu bapa adalah pengundi di Pulau Pinang.

Bayaran RM 100 program anak emas ini adalah diperolehi daripada lebihan Bajet yang dicatatkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat setiap tahun memerintah di Pulau Pinang. Lebihan Bajet adalah RM 88 juta pada 2008, RM 77 juta pada 2009 dan RM33 juta pada 2010. Pengurusan kewangan yang baik, bersih dan anti-rasuah ini disahkan dan dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara dan juga Transparency International.

Sungguhpun bajet 2011 dijangka berdefisit sebanyak RM 108 juta, sebaliknya perbelanjaan berhemah dan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus atau CAT membolehkan bajet berdefisit tahun ditukar menjadi bajet lebihan. Atas prestasi kewangan yang menggalakkan ini, maka kerajaan negeri boleh menanggung tambahan RM 100 kepada RM 200 untuk program anak emas ini.

Tambahan pula, negeri Pulau Pinang juga mencatatkan pengurangan hutang yang paling besar dalam sejarah Malaysia sebanyak 95% atau RM600 juta daripada RM630 juta pada Mac 8 2008 bila PR mengambil tampuk pemerintahan negeri kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. Tambahan kepada RM200 untuk program anak emas akan melihat perbelanjaan di antara RM5 - 10 juta.

Semua ibu bapa diminta mendaftarkan diri dengan Pejabat Daerah, pejabat ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ataupun pejabat Pengawai Penyeleras DUN. Bayaran pertama program anak emas akan dibuat pada bulan depan Disember.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional