red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://teresakok.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 8hb September 2011:

Kerajaan harus mengkaji sejarah berpandukan fakta, bukannya bermotifkan politik

Saya menyokong cadangan PAS supaya Kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula sejarah pejuangan kemerdekaan negara kita agar mereka yang telah benar-benar menyumbang kepada usaha tersebut dapat dikenali, dihormati dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Semua pelajar sejarah tahu pemimpin UMNO bukannya satu-satunya pihak yang telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, sebagaimana disebarkan oleh pemimpin UMNO selama ini.

Pada hakikatnya, mereka yang telah berjuang mencapai kemerdekaan pada ketika itu termasuklah gerakan persatuan perniagaan, persatuan pekerja, pihak media daripada pelbagai bahasa, golongan intelektual, kumpulan kebudayaan, golongan Islam dan pihak berhaluan kiri.

Namun begitu, media aliran utama tidak memberitahu orang ramai tentang sejarah yang sebenarnya selama ini. Sesetengah aspek sejarah yang tidak dikehendaki dipadamkan manakala sesetengah tokoh yang terpilih diagung-agungkan.

Sepastinya, sejarah sesebuah bukanlah sesuatu yang kemas dan rapi tetapi kompleks dan berkepelbagaian, apatah lagi bagi tanahair kita yang terdiri daripada berbilang etnik kaum.

Oleh itu, saya menyaran Kerajaan agar menerima cadangan PAS untuk mengkaji semula sejarah secara objektif, jujur dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak secara bersama. UMNO harus hentikan tuduhan "buta sejarah" terhadap pihak lain semata-mata kerana ingin mengagung-agungkan sumbangan UMNO. Kalau tidak, pada akhir harinya, UMNO terbukti tidak berani mengakui hakikat sejarah.


* Teresa Kok Suh Sim, Setiausaha Organisasi DAP & Ahli Parlimen Kawasan Seputeh

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional