red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://teresakok.com/ 

 

 

Kenyataan media (2) oleh Teresa Kok Suh Sim di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 8hb September 2011:

PDRM digesa mengambil tindakan keras atas ugutan nyawa terhadap keluarga Mat Sabu

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji orang menghantar SMS mengugut akan simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. (Sumber: Isteri, anak gadis Mat Sabu diugut simbah asid http://www.malaysiakini.com/news/175193 )

Mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional. Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah.

Orang ramai harus diberi kesedaran bahawa ugutan nyawa sebegini bukan perkara kecil tetapi merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 dan 503 di bawah Kanun Keseksaan.

Saya menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk segera siasat dan tangkap mereka yang bersalah agar menghantar mesej yang tidak berbelah kepada mereka bahawa apa yang telah dilakukan itu adalah suatu jenayah. Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman.

Saya juga menggesa PDRM untuk mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya.


* Teresa Kok Suh Sim, Setiausaha Organisasi DAP & Ahli Parlimen Kawasan Seputeh

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional