red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Ahad, 29hb April 2012: 

Fasa 2 Program Pembinaan Rumah Mampu Milik bi bawah Tabung Rumah Mampu Milik dikenalpasti 

Sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat salah satu keutamaan dasar kerajaan negeri adalah untuk membekalkan rumah rumah mampu milik yang bermutu untuk golongan tidak berada di Pulau Pinang. Kerajaan negeri PR memiliki impian mahu rakyat hidup bukan dalam satu kotak tetapi dalam suatu kediaman rum ah yang bersih, hijau, selamat dan sihat untuk membesarkan anak-anak kita.

Justeru itu, dana sekurang-kurangnya RM500 juta diperlukan untuk memulakan program ini. Selepas berusaha selama 4 tahun untuk mengumpulkan dana, akhirnya kerajaan negeri berjaya memperuntukkan RM 500 juta hasil daripada penjualan tanah kerajaan secara tender terbuka dan juga urustadbir CAT yang cekap akauntabel dan telus.

Jumlah RM500 juta merupakan jumlah yang paling besar diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia untuk membina rumah mampu milik. Fasa 1 melibatkan pembinaan 12,000 unit rumah mampu milik di antara harga RM72,500 ke RM 220,000 di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan sumbangan Penang Development Corporation (PDC). Demi memastikan pembeli daripada golongan tidak berada dapat memiliki rumah mampu milik berkualiti, kerajaan negeri telahpun melantik pembina rumah milik yang paling baik di dunia iaitu, HDB Singapore, untuk menjalankan pembinaan rumah mampu milik terbaik di Malaysia.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri berjiwa rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak 11,596 unit. Pembinaan rumah kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500) sekaligus menyangkal fitnah jahat pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pernah meluluskan atau mewajibkan atau sendiri membina rumah mampu milik kepada rakyatnya.

Di bawah Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan Negeri, projek perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah seperti berikut yang dibangunkan adalah seperti berikut :

Kos rendah Kos sederhana rendah Jumlah
Kerajaan 1194 2227 3421
Swasta 2612 5563 8175
Jumlah 3806 7790 11596

Demi meneruskan usaha membantu rakyat Pulau Pinang yang kurang berkemampuan dengan membina rumah mampu milik, kerajaan negeri telah memulakan Fasa 2 pembangunan rumah mampu milik dengan mengenalpasti tambahan tanah kerajaan, MPPP dan MPSP seluas 77 ekar diseluruh negeri Pulau Pinang. Tambahan tanah 77 ekar adalah lebihan daripada 200 ekar yang telah diperuntukkan lebih awal oleh PDC di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan. Tanah yang dikenalpasti mengikut daerah adalah seperti berikut:

No. Daerah Jumlah Luas (Ekar)
1 Seberang Perai Utara 28.90
2 Seberang Perai Tengah 31.71
3 Daerah Timur Laut 10.21
4 Daerah Barat Daya 5.84
5 Seberang Perai Selatan 200 (PDC)
Jumlah 277 ekar

Kerajaan negeri akan mengenalpasti lebih banyak tapak-tapak tambahan tanah untuk pembinaan rumah mampu milik di bawah Fasa 3, juga untuk kesemua lima-lima daerah di seluruh Pulau Pinang. Fasa 3 akan diumumkan lebih lewat nanti.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional