Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 20hb April 2012: Menyesali kegagalan polis bertindak semasa serangan biadap kepada pelajar universiti yang berhimpun menyatakan hak dalam perhimpunan aman di Dataran Merdeka Pada sekitar 2.45 pagi semalam, sekumpulan samseng telah turun menuju sekumpulan pelajar universiti yang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka dan menyerang mereka, mengakibatkan salah seoran pelajar dimasukkan ke hospital. Selain kekasaran fizikal terhadap pelajar, samseng ini juga memusnahkan khemah tempat pelajar-pelajar itu berkhemah. Sekumpulan aktivis pelajar ini telah berkhemah secara aman di Dataran Merdeka sejak 6 hari lalu, dalam cubaan untuk menuntut hak- hak demokratik mereka untuk memprotes terhadap apa yang mereka dakwa kadar faedah dan caj pentadbiran yang tinggi telah dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Keganasan biadap yang digunakan terhadap pelajar yang berkumpul secara aman ini telah menarik kutukan segera daripada semua pihak, termasuk kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan rakyat keseluruhannya. Sejak bila keganasan dan gangsterime menjadi sebahagian daripada budaya kita? Ia sangat menyedihkan apabila anak-anak kita yang hanya cuba untuk menyatakan hak demokratik mereka menjadi mangsa dalam apa-apa cara yang buruk dan ganas. Lebih buruk lagi, laporan yang keluar menyatakan ada anggota polis yang bertugas di kawasan itu tetapi tidak campur tangga sehingga pemimpin pelajar meminta bantuan. Dan walaupun mereka akhirnya menghentikan serangan ganas ini, ia adalah terlalu lambat kerana kebanyakan samseng ini telah pergi. Apabila ditanya kepada Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh mengapa hanya seorang daripada kumpulan penyerang ditangkap, walaupun ada video daripada saksi untuk megenal pasti penyerang, belia menjawab bahawa "ia adalah pada awal pagi dan kita tidak dapat membezakan penyerang dari orang-orang yang sedia ada". Kegagalan polis bertindak adalah sama dengan insiden di Speaker Corner, Esplanade Puau Pinang pada 26 Februari lalu apabila ahli-ahli UMNO dan Perkasa berkelakuan seperti samseng, menyerang secara ganas dan mencederakan 2 orang wartawan semasa perhimpunan anti-Lynas. Seorang wartawan terpaksa menerima 8 jahitan untuk menutup kecederaan beliau. Anggota polis yang hadir hanya berpeluk tubuh dan tidak bertindak untuk menghentikan atau menangkap mereka yang terlibat dalam serangan kejam UMNO dan ahli Perkasa yang menyerang penunjuk perasaan secara aman anti Lynas dan memaksa secara fizikal meminta penunjuk perasaan anti-Lynas bersurai. Sehingga kini tiada sebarang tangkapan oleh polis Pulau Pinang. Kesal, keengganan pihak polis yang dilihat di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur dengan 'melengah-lengahkan kaki' mereka sekali lagi dan tidak mengambil langkah-langkah proaktif hanya dapat digambarkan sebagai satu jenayah kebencian yang bermotifkan politik. Lebih teruk lagi, tiada Menteri UMNO memberi respon untuk mengutuk insiden kejam ini. Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussein memandang ringan kejadian ini dan malah mendakwa bahawa ia adalah satu cubaan sengaja untuk membangkitkan emosi. Lebih buruk lagi adalah respon yang angkuh dan tidak boleh dimaafkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Khaleed Nordin yang mana sebagai menteri bertanggungjawab untuk universiti dan pelajar universiti untuk melindugi mereka dan bukannya menyerang secara kejam. Dato' Khaleed dalam twitter : "No one asked them to camp out at Dataran Merdeka. When somethinghappens, don't go asking for sympathy." (Tiada siapa yang meminta mereka berkhemah di Dataran Merdeka. Bila sesuatu terjadi, tidak perlu meminta simpati) Kenyataan Dato' Khaleed dengan memberitahu pelajar malang tersebut supaya tidak "pergi meminta simpati" apabila mereka telah dipukul dan didera untuk menuntut hak asasi manusia dan hak demokratik memang sangat angkuh dan satu kenyataan yang amat tidak sopan datang dari menteri. DAP mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini kerana ia bukan sahaja satu serangan ke atas prinsip-prinsip hak asasi manusia yang suci tetapi juga satu penghinaan secara terang-terangan kepada budaya dan nilai-nilai Malaysia. DAP menyesali kegagalan pihak polis bertindak semasa serangan biadap kepada pelajar universiti yang sedang menjalankan hak dalam perhimpunan aman di Dataran Merdeka dan keengganan menteri UMNO untuk mengutuk serangan ini adalah amat memalukan. *Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan
|