red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Ucapan oleh Lim Guan Eng di Ceramah "Keadilan untuk Rakyat Tamil Sri Lanka" di Padang MPSP, Butterworth, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 21hb April 2012: 

PPSB dan PPC harus meminta maaf kepada masyarakat Hindu kerana tidak menghormati malah mencabul agama 

Kita berkumpul di sini untuk mengutuk penindasan rakyat Tamil Sri Lanka dan menentang pembersihan etnik terhadap rakyat Tamil oleh kerajaan Sri Lanka. Kita menuntut keadilan demi kepentingan kemanusiaan untuk rakyat Tamil Sri Lanka dan pada masa yang sama kita juga menuntut keadilan untuk kebebasan beragama bagi masyarakat Hindu tempatan kita.

PPSB dan PPC harus meminta maaf kepada masyarakat Hindu kerana tidak menghormati malah mencabul agama dengan perobohan kuil Hindu di kawasan mereka tanpa pemberitahuan dan harus membayar pampasan penuh dengan memberi tanah dan juga dana untuk pembinaan semula. Kuil yang berusia 50 tahun itu digunakan oleh pekerja Penang Port dan terletak di Prai Bulk Cargo Terminal (BCT) dalam perkarangan tanah milik PPSB dan telah dirobohkan pada hari Jumaat.

Pengerusi PPC Datuk Seri Chua Soi Lek dan Pengerusi PPSB Dato¡¯ Seri Dr Hilmi bin Hj Yahaya harus berjumpa dengan pekerja-pekerja pelabuhan dan juga masyarakat Hindu dan menjelaskan kenapa mereka membenarkan tindakan yang biadab ini. Lebih teruknya, sebarang pemberitahuan tidak diberikan kepada pekerja-pekerja tentang perobohan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan perobohan ini dan mengutuk dengan kuat tindakan yang mencederakan rangka kebebasan beragama dan juga menghina masyarakat Hindu. Saya akan melawat kawasan tersebut esok dengan YB Prof P Ramasamy untuk melihat dengan sendiri.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional