Ucapan (2) oleh Lim Kit Siang diatas pindaan Rang Undang-undang Akta Percetakan dan Penerbitan dalam Dewan Rakyat pada hari Khamis, 19hb April 2012: Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud manusia paling rasis dan pembohong besar dalam Parlimen Contoh terbaik wujudnya kuasa drakonian dalam Akta Percetakan dan Penerbitan (1984) walaupun telah dipinda namun masih boleh disalahgunakan, adalah proviso “kesalahan” dalam akta induk seperti Seksyen 8A untuk kesalahan laporan “berita palsu” dimana salah satu mangsanya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan selama 18 bulan dan dilucutkan status Ahli Parlimennya serta kebebasan sivil beliau. Persoalannya, berapa buah kes “berita palsu” yang telah didakwa dibawah Akta Percetakan dan Penerbitan dalam tempoh 18 tahun yang lalu? Dalam tempoh tersebut, peruntukan “berita palsu” ini telah digunakan untuk memangsakan dan menindas pengkritik-pengkritik kerajaan Barisan Nasional, tetapi pemimpin Barisan Nasional dan segala penerbitan mereka diberi imuniti untuk mencipta segala bentuk pembohongan dan fitnah yang telah mereka lakukan tanpa menghiraukan kesan buruknya terhadap pembangunan negara dan perpaduan bersama. Satu contoh yang baik adalah lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia yang merupakan ‘penjenayah’ yang paling teruk dalam mencipta “berita palsu”, contohnya dalam siri pembohongan mereka bahawa DAP mahukan seorang Perdana Menteri beragama Kristian dan negara Malaysia yang aga rasminya Kristian dan penipuan bahawa DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-raja Melayu. Satu contoh “berita palsu” ini adalah laporan Utuan Malaysia yang berbunyi “Kit Siang tertekan digelar rasis” yang antara lain, melaporkan seperti berikut: Menurut Abdul Rahman (BN Kota Belud), sifat Kit Siang terbukti apabila pada kira-kira pukul 4.30 petang, 16 Julai 2009 telah menyeru semua menteri berbangsa Cina dari MCA dan Gerakan mendesak Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock. “Apa kena mengena menteri-menteri Kabinet yang dikaitkan oleh Ipoh Timur? “Kalau Ipoh Timur rasa perlu ada suruhanjaya siasatan diraja pada waktu itu sudah tentu kena minta dengan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Padang Rengas yang menjaga hal ehwal Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) yang di-bacakan buat kali kedua. Dalam tangan saya adalah draf Hansard mengenai apa yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Belud Abdul Rahman Dahlan dalam sidang Parlimen semalam, iaitu: Saya masih ingat lagi, saya mengikut Twitter Yang Berhomat Ipoh Timur. Pada awalnya, Yang Berhormat IpohTimur pada waktu itu membuat tweet yang dia begitu marah, kenapa mendiang Teoh Beng Hock itu terbunuh. Saya membaca dalam timeline saya, bertubi-tubi Twitter beliau, dan saya tidak membuat komen kerana saya pun faham bagaimana perasaan seseorang apabila pegawai partinya itu terbunuh atau meninggal dunia, saya faham. Daripada pagi dia marah dan bermacam-macam tuduhan dibuat, saya diam. Akan tetapi hampir lebih kurang pukul 4 petang pada hari kejadian tersebut, setelah the dust has settle a little bit, Twitternya muncul. Apa di kata dalam Twitter, “Saya mencabar Koh Tsu Koon dan Menteri-menteri daripada MCA untuk berdiri, meminta, demand the Prime Minister to do RCI”. Apa kena mengena Menteri-menteri Cina di dalam Kabinet yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur? Kalau pun Yang Berhormat Ipoh Timur merasakan perlu ada RCI pada waktu itu, sudah tentunya ianya mesti minta daripada Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Sembrong dan juga Yang Berhormat Padang Rengas yang menjaga SPRM untuk meminta dalam Kabinet. Kenapa perlu kata, MCA dan Gerakan,kerana apa? He wants to take political score... If this is not racism, I don't know what it is. Apa yang didakwa oleh Abdul Rahman di Parlimen semalam merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab, satu pembohongan dan adalah mimpinya semata-mata. Malah sebenarnya, ia menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Kota Belud yang sebetulnya merupakan seorang yang rasis dan penipu paling besar di Parlimen. Saya ada disini tulisan “tweet’ saya yang telah saya tulis pada 16 Julai 2009 yang amat menyayat hati apabila Teoh Beng Hock terbunuh di pejabat SPRM yang jelas membuktikan bahawa Abdul Rahman merupakan seorang yang amat rasis dan penipu besar di Parlimen. Dia berkata bahawa dia “memahami” akan perasaan saya semasa saya menulis “tweet” saya dengan perasaan begitu marah berkenaan dengan kematian Beng Hock pada pagi yang muram itu, tetapi menjelang pukul 4 petang saya telah mula dilabel sebagai seorang rasis apabila mencabar Koh Tsu Koon dan Menteri-menteri MCA untuk menuntut Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan. Hakikatnya, saya tidak tahu mengenai pembunuhan Beng Hock pada pagi 16 Julai 2009. (Kemungkinan, Abdul Rahman sendiri telah mendapat maklumat khas mengenai pembunuhan Beng Hock pada pagi tersebut, yang sepatutnya dihebahkan dalam penyiasatan penuh. Kedua, sehingga pukul 4 petang pada hari tersebut saya masih tidak tahu mengenai kematian Beng Hock. Tulisan “tweet” saya yang pertama diatas kematian Beng Hock dibuat pada jam 5:03 petang pada hari yang sama – yang jelas mendedahkan Abdul Rahman telah berbohong dengan selamba dan tanpa segan silu apabila dia berucap di Parlimen semalam. Dibawah adalah tulisan “tweet” saya pada 16 Julai 2009 bersama-sama dengan kronologinya, sekali dengan terjemahnya: Is there now the first case of death in custody, not police but MACC? If so, heads must roll! Am in Penang or I would have rushed over to MACC Selangor hqrs in Shah Alam. Awaiting full report of tragedy. What has this country come to? For 90 minutes, not a single MACC officer in Selangor MACC Shah Alam hqrs 14th floor would confirm or deny whether there is death in custody At Shah Alam MACC now are Sel. Exco Auyong, Ronnie Liu, Speaker Teng Assemblyman Swee Lin. Is MACC acting outside the law? How did Sel Exco/Serdang SA Ean Yong Hian Wah’s political secretary Teo Beng Hock in custody at 14th fl Sel MACC Hqrs died from fall? What was MACC investigating 2 take a life? RM12.5b PKFZ scandal? No. Alleged state assembly rep constituency allocations! Will take 1st flight from Penang tmr n be at Selangor MACC Shah Alam hqrs 10 am to find out more about Teo BengHock’s death in MACC custody Anwar n other Pakatan Rakyat leaders will also be at Selangor MACC Shah Alam hqrs at 10 am. MACC must prove it has not become another monster Imagine MACC investigating “corruption” over cars n cows n a death in MACC custody takes place! Is this acceptable? Let there be no cover up! Spoke 2BengHock elder brother BengKee 33 who rushed over from his workplace in ShahAlam. BengHock from Alor Gajah is 2register 4wedding tmr Kerk Kim Hock, exDAP SG n MP is related to BengHock. Phoned n expressed his disbelief n shock. Nationwide outrage. How come MACC! Ronnie Liu still at Selangor MACC hqrs. 4 3 hrs Selangor DAP Excos MPs Speaker SAs n BengHock’s brother not allowed 2have sight of body. Puchong MP Gobind Singh Deo phoned from MACC Shah Alam. Police have brought in second forensic team. We r asking 4independent forensic exam Kerk in Alor Gajah w BengHock’s parents. BengHock’s mother crying non-stop since told of his death at 5 pm. Family n relatives in shock BengHock family/relatives demand justice which is the demand of all justice-loving Malaysians regardless of race/religion. MACC in the dock As 1st MACC n unusual death, acid test 4 MACC, Police n PM Najib. Will Najib order public inquiry inline with “People 1st. Performance Now”? Spoke 2 aggrieved father, TeohLeongHwee taxidriver in shock He wants to know what actually happened – like all Malaysians. Blackday 4Malaysia Arrogant MACC officer on TV said innocent will be freed n wrongdoers charged. Why not 1 BN Minister Dy Min, MB, CM, Exco treated this way? Will MACC Chief Commissioner Ahmad Said visit TeohLengHwee family 2explain how BengHock died in MACC? Can MACC disclaim responsibility? Nazri said don’t blame MACC for TeoBengHock’s death at MACC. Should blame b directed at Nazri as Minister in charge or PM Najib himself? An instant peaceful multiracial demonstrations by hundreds against unusual death of TeoBengHock at MACC going on now at Shah Alam MACC hqrs MB Khalid, Excos Teresa, Auyong, Ronnie, MPs Gobind Tony Nie Ching SAs Jenice Nik Nazmi at the demo. Police light strike force just arrived Crowd getting bigger. Klang MP Charles Santiago spoke. State Assemblyman Weng San speaking. Asked MACC on Khir Toyo. Dr Siti Mariah Mahmud: MP Kota Raja speaking Flowers candles and pictures of TeoBengHock. Assemblywoman for Subang Jaya Hannah Yeoh weeping MACC now says TeohBengHock merely a witness, why was he treated like criminal n interrogated from 7pm till 4am? What happened 2criminals? Ini adalah tulisan “tweet” saya pada hari Beng Hock dibunuh pada 16, Julai 2009 – dari jam 5:03petang sehingga 10:07malam – bukti yang tidak boleh dipertikaikan bahawa Abdul Rahman telah berbohong terang-terangan apabila dia mencampur aduk dakwaan tulisan “tweet” saya pada hari itu. Pada hari pertama skandal pembunuhan Teoh Beng Hock, saya telah memberi fokus kepada pihak SPRM, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tidak patut ada penyembunyian fakta dalam mendedahkan siapa dia pembunuh Beng Hock dan demi memastikan tertegaknya keadilan dalam kes ini. Seperti yang jelas dalam tulisan “tweet” saya sejak hari pertama kematian Beng Hock, saya tidak pernah menyebutkan MCA atau Menteri Gerakan – yang telah memperkukuhkan pembohongan Abdul Rahman. Saya memang telah mengkritik peranan MCA dan Menteri dari Gerakan pada hari yang keempat selepas kematian Beng Hock iaitu 19 Julai, setelah mendengar kenyataan lemah Menteri MCA samada perlukah Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kematian Beng Hock. Sebenarnya, apa yang terkandung dalam kenyataan media saya pada 19 Julai 2009 menyatakan: “Apa yang benar-benar mengecewakan adalah kedudukan yang telah diambil oleh 2 orang Menteri Kabinet, satu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan satu lagi oleh Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat. “Setelah lama berdiam diri pada hari Khamis dan Jumaat, Ong telah membuat satu kenyataan yang lemah bahawa Kabinet akan “mengkaji” samada perlukah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kematian Teoh. “Apa yang perlu “dikaji” lagi? Apa yang orang awam mahukan adalah supaya Ong dan ketiga-tiga Menteri MCA serta Presiden parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengambil pendirian yang kukuh dalam Kabinet supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh dan pendirian itu adalah muktamad. “Jika dengan kematian Teoh, Ong dan pasukannya yang terdiri daripada 4 Menteri MCA dan Koh tidak dapat meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja, apa gunanya mereka berada dalam Kabinet? Abdul Rahman adalah seorang yang rasis di Parlimen dan jika dia memandang seruan keadilan saya terhadap kematian Teoh Beng Hock di tangan MACC sebagai isu perkauman, dia merupakan pembohong besar dan pemalsu tulisan “tweet” saya pada hari pertama kematian Beng Hock. Adakah Abdul Rahman bersedia untuk mengaku bahawa apa yang telah diucapkan di Parlimen pada hari Rabu mengenai tulisan “tweet” saya pada hari pertama kematian Beng Hock adalah fitnah semata-mata dan bersediakah dia untuk memohon maaf untuk dakwaannya? *Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor
|