red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan media oleh Sekretariat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 23hb Ogos 2012:

KDN dan Pemandu perlu memberikan penjelasan mengenai dakwaan manipulasi data jenayah

Menteri Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala perlu tampil memberikan penjelasan mengenai manipulasi data jenayah sebagaimana yang didakwa oleh surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali. Surat beliau mendapat liputan meluas di media maya semalam.

Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi, dan seterusnya integriti Menteri Dalam Negeri, PEMANDU dan PDRM.

Surat daripada "Sumun Osram" tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks. Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat. Klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan. Mengurangkan jumlah jenayah indeks akan menunjukkan kadar jenayah sebagai menurun.

'Jenayah Indeks' bermaksud jenayah yang dilaporkan pada kadar kekerapan yang signifikan bagi dimengertikan sebagai jenayah indeks bagi kadar jenayah. 'Jenayah bukan Indeks' pula merupakan kes-kes kecil yang tidak berlaku secara kerap yang membolehkannya dimasukkan dalam perangkaan jenayah atau sebagai kayu ukur kepada kadar jenayah.

Perangkaan rasmi hanya mengandungi Jenayah Indeks.

Mengikut surat "Sumun Osram", jenayah yang dimanipulasi termasuk:

(a) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(b) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(c) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Surat tersebut mendakwa manipulasi klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks mencecah ke angka ribuan kes. Tentunya, menghilangkannya dari statistik jenayah akan menunjukkan kadar jenayah di negara ini menurun.

Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala untuk mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran.


* Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR Kawasan Lembah Pantai,
Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen PAS Kawasan Kuala Krai,
Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kawasan Bukit Bendera

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional