red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Utusan Hari Raya Aidilfitri 2012 oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 20hb Ogos 2012: 

Keamanan hanya boleh tercapai dengan harmoni kaum dan kebenaran serta kemajuan dan keadilan untuk semua  

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya amat tertarik dengan ajaran Islam dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.

Itulah sebabnya kerajaan PR mempunyai komitmen menjadi kerajaan yang adil agar doa pemimpin Islam dalam PR diterima, khususnya bahawa masyarakat Malaysia sentiasa aman dan damai. PR dan DAP sedar bahawa keamanan dalam masyarakat majmuk hanya boleh tercapai dengan harmoni kaum dan kebenaran serta kemajuan dan keadilan untuk semua.

Dalam usaha menegakkan keadilan, pemimpin PR terpaksa menghadapi banyak fitnah yang jahat daripada fitnah skandal seks yang terjijik dan juga fitnah sebagai penyanggak yang mencetuskan tragedi berdarah Mei 13. Akan tetapi DAP yakin rakyat termasuk yang beragama Islam dapat bezakan daripada benar dengan batil atau betul dengan palsu.

Itulah sebabnya rakyat begitu muak dengan fitnah skendal seks yang cuba dibabitkan dengan pemimpin PR atau ahli keluarga mereka sehingga tidak percaya lagi. Usaha baru oleh pihak tertentu yang ditaja oleh Kementerian Penerangan, UMNO dan Utusan Malaysia menerusi filem rasis “Tanda Putera” cuba mengaitkan Sdr Lim Kit Siang berkelakuan tidak senonoh yang mencetuskan tragedi Mei 13 di Kuala Lumpur sungguhpun beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu.

Sebelum ini Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dilabelkan sebagai anti-Islam dan bahawa DAP mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi negara Malaysia. Pihak polis sendiri telahpun mengesahkan bahawa lapuran Utusan Malaysia bahawa DAP hendak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Sungguhpun begitu Utusan Malaysia dan UMNO masih memperdagangkan fitnah jahat dan merbahaya ini. Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang menyebarkan fitnah.

Usaha PR menentang mereka yang berasuah atau zalim tak kira kaum atau agama merupakan harapan cerah kepada negara. Adakah rakyat Malaysia mahu mengulangi gejala kerugian RM1,000 bilion daripada wang haram yang mengalir keluar daripada Malaysia dalam tempoh masa 10 tahun ini?

Pilihan rakyat Malaysia adalah jelas iaitu di antara ideologi ketuanan UMNO yang penuh dengan fitnah, kebencian, keganasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menganiayai rakyat ataupun sebuah negara berprinsip dan bersatu padu berdasarkan prinsip kebebasan, kebenaran, keadilan, mengeratkan hubungan silaturahim dan kebajikan untuk semua.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional