red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 6hb Ogos 2012: 

Kabinet pada hari Rabu ini patut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada Lee Chong Wei sebagai “Malaysian Sportsperson of the Decade”

Kabinet pada hari Rabu ini patut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai “Malaysian Sportsperson of the Decade” diatas kejayaannya dalam meraih dua pingat perak dalam sukan Olimpik – satu pencapaian yang tiada bandingan dengan mana-mana ahli sukan Malaysia sebelum ini.

Rakyat Malaysia jelas hampa dan kecewa dengan kegagalan Chong Wei untuk memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki malam semalam, yang terlepas dari genggamannya.

Walaubagaimanapun, tiada yang lebih kecewa daripada Chong Wei sendiri, yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan dengan azam dan keberanian untuk memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik yang pertama bagi Malaysia.

Tiada penafian Chong Wei sebagai seorang tokoh sukan yang gagah bagi semua rakyat Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun ini, yang dibuktikan dengan pencapaiannya yang jelas tiada tandingan dengan kemenangan dua pingat perak dalam sukan Olimpik bagai negaranya – dalam sukan Olimpik 2008 di Beijing dan Olimpik 2012 di London.

Kerana inilah, penganugerahan dan pengiktirafan “Malaysian Sportsperson of the Decade” harus diberikan kepada Chong Wei oleh Yang di Pertuan Agong sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49 pada 31 Ogos dan 16 September yang akan membawa satu pengertian yang amat penting dan unik, sebagai simbol kesepakatan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau negeri.

Penganugerahan Chong Wei ini juga mampu untuk membaiki kesan tindakan UMNO/Barisan Nasional dalam memecah-belahkan rakyat Malaysia serta merampas simbol dan erti sebenar identiti sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49 dengan keputusan mereka untuk menggunakan tema “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia bagi tahun ini, dengan logo yang begitu hodoh serta lagu yang menjijikkan.

Walaupun pelan untuk menggunakan logo yang begitu hodoh iu sudah digugurkan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim enggan berganjak dari menggunakan tema “Janji Ditepati” serta tema lagu yang mengiringnya dengan mengatakan bahawa pemilihan tema tersebut merupakan keputusan Kabinet.

Sekiranya saya meneliti tema dan lirik “Janji Ditepati” yang disandang UMNO/BN dengan pandangan serong yang berat sebelah, saya pasti akan bersetuju dengan maksud lirik tersebut, seperti:

“Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi” atau

“Ini janji kita, BRIM Satu Malaysia
Ini janji Satu Malaysia, terima Satu Malaysia,
Kata kita dikota, Klinik Satu Malaysia
Janji kita ditepati, Kedai Satu Malaysia.”

Ini adalah kerana UMNO/BN memang tidak tahu malu apabila merampas simbol serta identiti dan maksud sebenar sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49 dengan tema mengarut yang tidak sensitif serta lagunya yang pasti akan menjadi bahan ketawa kepada majoriti rakyat Malaysia yang berfikiran secara matang, yang memperkukuhkan lagi dan menjustifikasi mengapa selepas 55 tahun dibawah pimpinan yang lapuk mengapa negara ini memerlukan satu perubahan baru dalam pucuk pimpinannya.

Tindakan ini kemungkinan akan membawa padah kepada UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini yang akan menentukan jika UMNO/BN sudah sampai ke penghujung mereka sebagai kuasa mutlak Putrajaya.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang nasionalis dan patriot Malaysia, saya mengekot apabila mengingati perampasan identiti dan maksud sebenar sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49 oleh puak UMNO/BN dengan tema “pilihanraya” mereka “Janji Ditepati” dan lagu tema yang lebih jijik lagi – sesuatu yang tidak boleh diterima pakai oleh mana-mana negara yang menganggapnya sebagai sebuah negara yang benar-benar berdemokrasi dan yang mampu menilai diantara betul dan salah dan kerajaan pada satu-satu masa.

Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu juga memberi kebenaran kepada UMNO/BN untuk merampas identiti serta maksud sebenar sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49, maka tindakan beliau itu amat merugikan – bagi dirinya dan bagi tanahair ini sekali.

Tetapi mampukah beliau mengurangkan kesan buruk tindakan memecah-belahkan rakyatnya sekiranya majlis penganugerahan “Malaysian Sportsperson of the Decade” bagi Chong Wei disertakan bersama dalam sambutan kemerdekaan ini, diatas kejayaannya meraih dua pingat perak dalam sukan Olimpik bagi tanahairnya?


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional