red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 10hb Ogos 2012: 

Sekurang-kurangnya bekas Perdana Menteri Abdullah bertindak dengan hemah dan dengan hormat apabila tidak bersetuju dengan UMNO dan kempen anti-nasional Utusan Nasional “Haram Sokong DAP”

Sudah tiga hari berturut-turut lidah rasmi UMNO, akhbar Utusan Malaysia masih sedang mengapikan-apikan kempen anti-nasional “Haram Sokong DAP” yang dilancarkan untuk menimbulkan tegangan dan rasa benci diantara kaum dan menggugat kestabilan dan perpaduan negara.

Bukan seperti yang dilihat dalam berita tajuk utama muka depan akhbar Utusan Malaysia dua hari yang lepas, hari ini, Utusan telah memberikan ‘publisiti’ kepada DAP dalam muka 9 akhbarnya dengan tajuk utama yang berbaur fitnah dan hasutan seperti “DAP satu ancaman kepada umat Islam”.

Dengan mengikuti perkembangan yang dapat dilihat baru-baru ini, pimpinan UMNO nampaknya amat terdesak dan rimas berhubung dengan kedudukan mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang yang telah mengakibatkan mereka bertindak dengan menggunakan dua taktik seperti:

  • menggunakan filen tajaan kerajaan “Tanda Putera” sebagai sebahagian daripada kempen untuk memberi gambaran bahawa sayalah yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969, serta pembohongan dan fitnah bahawa saya telah kencing dibawah tiang bendera dalam rumah Menteri Besar Selangor pada masa itu, walhal saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969; dan

  • kempen berbisa Utusan Malaysia “Haram Sokong DAP” untuk memburuk-burukkan DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu.

Saya tidak faham mengapa pimpinan UMNO, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menggunakan taktik-taktik kotor yang berbaur fitnah dan hasutan dan pada masa yang sama menyatakan kepada pimpinan UMNO bahawa beliau yakin untuk memenangi dua-pertiga majoriti dalam Parlimen serta merampas semua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang akan datang ini.

Adakah ini disebabkan soal kajiselidik oleh peninjau bebas Merdeka Centre yang menunjukkan penurunan daripada 65 peratus dalam bulan Mei kepada 58 peratus dalam bulan Jun yang menunjukkan pengundi Melayu tidak berapa puas dengan prestasi Barisan Nasional serta sokongan bagi Perdana Menteri sendiri telah menurun daripada 79 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh masa yang sama?

Semalam sahaja, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggambarkan kerajaan Najib sebagai kerajaan yang lemah.

Persoalan yang lebih tepat adalah samada Najib seorang pemimpin yang lemah – pemimpin yang lemah dengan kerajaan yang lemah juga ataupun pemimpin yang berkaliber dengan kerajaan yang lemah?

Apa yang jelas adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sering digambarkan sebagai pemimpin yang “lemah” bertindak dengan hemah dan dengan hormat apabila tidak bersetuju dengan UMNO dan kempen anti-nasional Utusan Nasional “Haram Sokong DAP” yang dilancarkan untuk mengapi-apikan ketegangan diantara kaum dan menggugat kestabilan dan perpaduan negara.

Malah, pendirian kukuh DAP bahawa Malaysia merupakan negara yang sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi tidak berbeza daripada pendirian tiga bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein, dan dengan ini adakah Utusan Malaysia diberikan tugas untuk menggambarkan DAP serta tiga Perdana Menteri yang pertama sebagai satu ancaman kepada agama Islam?

Saya ingin menggesa Najib dan pemimpin UMNO untuk meneliti dua peristiwa bersejarah yang amat penting: pertamanya, ucapan Tunku Abdul Rahman sempena harijadinya yang ke 80 pada 8 Februari 1983 dalam satu majlis makan malam yang besar anjuran Barisan Nasional yang pastinya dihadiri Najib sendiri bersama pemimpin Barisan Nasional yang lain termasuklah Perdana Menteri Mahathir, dimana Tunku menyampaikan satu mesej yang amat penting kepada pemimpin Barisan Nasional untuk tidak menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam.

Bahkan, ini merupakan tajuk utama muka hadapan semua akhbar pada keesokan harinya. Akhbar The Star pada 9 Februari 1983 contohnya telah memaparkan tajuk utama: “The Tunku Turns 80 – Don’t Make Malaysia An Islamic State: Tunku”.

Tunku telah menekankan bahawa negara Malaysia telah diwujudkan sebagai negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan yang wajib dihormati dan ditaati.

Keduanya, sokongan padu terhadap gesaan Tunku kepada pemimpin Barisan Nasional untuk tidak menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang telah diberikan oleh Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, empat hari selepas sambutan harijadinya yang ke-61 pada 12 Februari 1983.

Ini pula tajuk utama muka hadapan akhbar The Star pada 13 Februari 1983: “Hussein Says No To Islamic State Too”. Kata Hussein, “tidak bijak atau praktikal” untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam berana negara ini masih boleh berfingsi sebagai sebagai negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasminya.

Biarlah Najib dan pemimpin UMNO membuat satu deklarasi samada dalam pelancaran kempen “Haram Sokong DAP” oleh UMNO dan lidah rasminya Utusan Malaysia, pelancaran serangan terhadap tiga Perdana Menteri Malaysia yang pertama sedang disediakan?


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional