red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 13hb Ogos 2012: 

Mengapa pula Shafie Apdal mengeluarkan kenyataan temberang yang tidak tahu malu bahawa UMNO tidak mempergunakan dan tidak memanipulasikan agama bagi kepentingan politik?

Saya terperanjat melihat kekerapan tindakan pemimpin UNO/Barisan Nasional yang mengetepikan segala prinsip, etika dan moral untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka menjelang pilihanraya umum ke-13.

Semakin hampir pilihanraya, semakin menyerlah karenah terdesak pemimpin UMNO/BN berhubung dengan prospek mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang. Apa yang boleh dilihat adalah sejauh mana pemimpin UMNO/BN akan pergi untuk memastikan mereka kekal berkuasa – walaupun dengan menggunakan taktik kotor yang tidak berprinsip dan tidak beretika.

Sebagai contoh, semalam di Kota Belud, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengeluarkan kenyataan temberang yang tidak tahu malu bahawa UMNO tidak mempergunakan dan tidak memanipulasikan agama bagi kepentingan politik.

Bagaimana Shafie dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas ini walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya yang dilihat dalam kempen berbisa “Haram Sokong DAP” UMNO/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab dan anti-nasional dalam enam hari ini?

Adakah Shafie menafikan kempen berbisa “Haram Sokong DAP” UMNO/Utusan ini adalah contoh terbaik UMNO mempergunakan dan memanipulasikan agama bagi kepentingan politik tanpa menghiraukan akibat perbuatan mengapi-apikan ketegangan dan prasangka buruk diantara kaum dan pada masa yang sama menggugat kestabilan dan perpaduan negara?

Atau adakah Shafie sengaja berbuat bodoh berhubung dengan kempen berbisa “Haram Sokong DAP” UMNO/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab, anti-nasional dalam tempoh enam hari ini?

Saya masih tertarik dengan analisis cendikiawan pakar strategis dan propagandis UMNO/Utusan yang telah melahirkan kempen berbisa “Haram Sokong DAP” dan sebabnya adalah seperti berikut:-

Pertamanya, mengapa selama 45 tahun ini berdasarkan sejarah politik DAP, isu ini tidak pernah sekalipun timbul, tetapi sekarang ianya “Haram Sokong DAP” terutama sekali yang dapat dilihat dalam dekad-dekad yang lalu, DAP tetap konsisten dengan pendirian mereka bahawa negara Malaysia merupakan satu negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara? Adakah ini bererti UMNO kian mengaku hilang akal dan telah akhirnya mengambil jalan keluar dalam bentuk fitnah dan taktik menakut-nakutkan rakyat untuk mengekalkan sokongan pengundi?

Keduanya, adakah imuniti kini diberikan kepada ekstremis UMNO dalam serangan mereka terhadap warisan tinggalan tiga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein dalam pendirian mereka yang serupa dengan pendirian DAP bahawa negara Malaysia tetap sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara?

Setelah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah berkhutbah mengenai konsep Wasatiyah atau pendekatan yang sederhana terhadap Islam sehinggalah penubuhan Institut Wasatiyah.

Najib harus menjelaskan samada kempen “Haram Sokong DAP” Utusan benar-benar berlandaskan konsep Wasatiyah beliau ataupun sebaliknya, dan jika ianya berlandaskan kepada konsep Wasatiyah, apakah langkah-langkah yang akan beliau ambil untuk menghentikan dan menguburkan kempen berbisa Utusan yang tidak bertanggungjawab, berbaur hasutan dan anti-nasional?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional