red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Pesanan Hari Raya 2012 oleh Lim Kit Siang pada hari Sabtu, 18hb Ogos 2012: 

Pesanan Hari Raya 2012

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada semua warga Malaysia.

Pada hari yang amat bermakna ini, warga bukan Islam bersama dengan saudara Islam menyambut perayaan ini menjadikannya satu sambutan rakyat Malaysia pada peringkat kebangsaan.

Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49, sambutan ini merupakan sambutan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, umur dan jantine untuk mengukuhkan lagi identiti serta arus negara dalam membina sebuah negara diatas dasar serta prinsip demokrasi, keadilan, solidariti, integrity dan ketelusan dalam pentadbiran.

Rakyat Malaysia ditenun bersama untuk kemakmuran masa depan yang sama – samada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, umur dan jantina bersatu padu untuk menjalin masa depan Malaysia yang lebih progresif dan makmur bagi semua rakyat Malaysia, dan sekiranya tidak, kita terpaksa menghadapi kelemahan yang tidak dicantas serta ketidaksepakatan yang akan menjadi batu penghalang negara untuk mencapai potensi sebenarnya dengan sumber tenaganya serta sumber alam sekitarnya.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyambut seruan zaman ini – untuk bekerjasama mencapai status negara yang masyhur serta berharmoni.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional