red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 4hb Februari 2012: 

DAP mengecam kepala babi kedua dalam seminggu sebagai satu tindakan yang kurang ajar dan bertentangan dengan sifat aman dan sejahtera di Malaysia 

Untuk kali kedua dalam seminggu, kepala babi telah dijumpai di luar perkarangan masjid. Ekoran daripada insiden yang serupa di Rawang, lagi satu kepala bagi telah dijumpai di luar pintu masuk Masjid Al-Hidayah di Sentul.

Bagi pihak DAP, saya mengutuk dan mengecam hebat tindakan kurang ajar ini yang jelas bertentangan dengan sifat kemasyarakatan di negara kita. Kita tidak boleh menerima atau bertolak ansur dengan penghinaan mana-mana tempat beribadat. Masjid, kuil dan gereja merupakan tempat untuk beribadat dan berlindung, dan tidak patut dinoda dengan semberono.

Kami percaya bahawa kedua-dua kejadian minggu ini adalah tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman, agama dan politik di kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan menolak tindakan yang jahat ini.

Kami menggesa supaya pihak berkuasa terutamanya pihak polis akan menyiasat dengan segera dan berharap agar sesiapa yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional