red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng in Komtar, George Town pada hari Isnin, 6hb Februari 2012: 

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Phee Boon Poh ditugaskan untuk mendapat maklumat keluarga miskin atau miskin tegar yang diberikan bantuan daripada Datuk Zainal Abidin Osman  

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengalu-alukan kesediaan Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Zainal Abidin Osman selepas tunggu 3 tahun, untuk memberikan maklumat 301 buah keluarga miskin tegar dan miskin yang mendapat bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebanyak RM1.1 juta pada 2009.

Hanya selepas 3 tahun, barulah sudi Datuk Zainal menjelaskan bahawa SPKR sebanyak RM1.1 juta diberikan bukan kepada 22 buah keluarga miskin tegar tetapi sebenarnya kepada 301 keluarga miskin. Datuk Zainal selaku Pengerusi Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang telah dilaporkan di Berita Harian pada 26 Februari 2009 bahawa dana RM1.1 juta telah diperuntukan untuk SPKR untuk membantu 22 kelurarga miskin tegar.

Dalam laporan Berita Harian 26 Februari 2009 daripada George Town, tidak ada sebarang sebutan istilah Nibong Tebal atau bahawa 22 buah keluarga miskin tegar adalah hanya daripada Nibong Tebal. Sekiranya RM1.1 juta diagihkan kepada 22 buah keluarga miskin, maka setiap keluarga akan memperolehi RM50,000.

Ahli EXCO kerajaan negeri YB Phee Boon Poh telahpun menulis dua surat pada 7hb April 2009 dan 12 Mei 2009 kepada Datuk Zainal, tetapi beliau enggan jawab. Satu laporan polis telahpun dibuat oleh YB Phee pada 31 Julai 2009, meminta siasatan polis dalam perkara ini tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

Dalam penjelasan terbaru oleh Datuk Zainal, 301 buah keluarga yang menerima RM1.1 juta ini bermakna setiap keluarga miskin memperolehi RM3,654. Perlu ditanya mengapa hanya 301 buah keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang. Mengapa 400 buah miskin tegar tidak mendapat perhatian daripada Kementerian Datuk Zainal?

Satu lagi perkara yang menarik ialah kenyataan Datuk Zainal bahawa jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan SPKR sebanyak RM22.9 juta di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar. Ini bermakna 22.9 juta telah diberikan dalam lebih 3 tahun ini kepada 3,938 peserta miskin ataupun secara purata setiap keluarga dapat RM5,815.

Ini menimbulkan persoalan macam mana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Datuk Zainal atau pihak Kementerian persekutuan kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut.

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Phee Boon Poh ditugaskan untuk mendapat maklumat keluarga miskin atau miskin tegar yang diberikan bantuan daripada Datuk Zainal Abidin Osman supaya dapat membandingkan senarai keluarga miskin dan miskin tegar tulin agar bantuan sampai benar-benar ke tangan mereka.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional