red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan media oleh Betty Chew Gek Cheng di Pulau Pinang pada hari Sabtu, 7hb Julai 2012:

Chua Soi Lek patut hentikan penipuan kejam ini terhadap seorang wanita dan suami yang tidak bersalah

Saya amat kecewa bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah mengenepikan penipuan sensasi dibangkitkan MCA terhadap suami saya sebagai masalahnya. Jelas sekali, Chua membiarkan konspirasi oleh BN dengan menggunakan Persidangan Negeri Melaka oleh Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo, untuk menyebarkan penipuan bahawa suami saya mempunyai hubungan rahsia dengan bekas kakitangannya dan saya telah menyerang beliau dan juga suami saya.

Bagaimana ini boleh menjadi masalah suami saya apabila penipuan tersebut disebarkan oleh MCA? Suami saya tidak mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan saya berulang kali menyatakan bahawa saya tidak pernah bergaduh dengan wanita tersebut atau menyerang sesiapun berhubung perkara tersebut.

Sebagai seseorang yang mengetahui kesakitan yang dilalui keluarga dan isteri selepas pita seks Chua dengan dengan seorang wanita didedahkan, saya jangkakan bahawa Chua tidak akan menggunakan taktik sama terhadap pihak lawannya, terutamanya ia adalah satu penipuan. Kenapa sehingga kini MCA tidak dapat menunjukkan bukti bahawa saya memukul seseorang? Chua sepatutnya menyatakan dakwaan tersebut atau mengarahkan Gan untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka.

Saya dan rakan-rakan saya telah mencabar Datuk Gan banyak kali apabila kita di dalam dan luar dewan di Melaka untuk beliau mengulangi penipuan yang disebarkan dan kemudian menyebabkan ia dicetak. Bagaimanapun, beliau tidak berani untuk mengulanginya di luar dewan kerana beliau tahu penipuan tersebut adalah tidak benar dan sekiranya beliau mengulanginya di luar, suami saya dan saya akan mendakwanya di mahkamah. Gan merupakan seorang penakut yang bersembunyi di sebalik imuniti dewan, mengetahui apa yang dikatakannya di dewan tidak boleh didakwa oleh suami saya dan saya. Saya hanya boleh mendakwa Gan sekiranya beliau menyatakannya di luar Dewan. Gan cuba lari daripada tanggungjawab selepas menfitnah saya dan suami saya. Adakah ini gaya politik MCA?

Saya telah memberi amaran kepada Gan di dalam dewan bahawa sekiranya beliau tidak berani unutk mengulangi fitnah yang dinyatakan di dalam dewan di luar, beliau selamanya akan dilihat sebagai "seekor tikus yang lari menyeberang jalan" oleh komuniti. Chua sepatutnya mengetahui impak terhadap anak-anak kita, tambahan pula ia adalah satu penipuan. Daripada mencari kebenaran dari fakta dan meminta Gan mengulanginya di luar, Chua memilih untuk menyerang suami saya.

Chua sepatutnya mengetahui kenapa suami saya begitu marah dengan kenyataan sedemikan kerana (1) suami saya tidak mempunyai kesalahan untuk diakui; (2) beliau takut yang anak-anak kami dan saya akan disakiti oleh penipuan sebegini. Kami tidak mahu anak-anak kami ke sekolah dan mengalami trauma tersebut secara berulang kali.

Sebelum ini, terdapat penipuan disebarkan mengenai salahlaku seksual terhadap salah seorang anak lelaki saya dan kini berkenaan suami saya pula. Kenapa MCA terpaksa berbongkok dengan begitu rendah menggunakan isu seks untuk mencemarkan suami saya hanya kerana mereka sendiri mempunyai masalah sebegini - mereka fikir orang lain juga sama? Suami saya adalah betul, beliau bukan Chua Soi Lek.

Lagipun Chua sehingga kini masih tidak memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini terhadap saya bahawa saya tidak berkhidmat untuk konstituen saya dan sepatutnya berkhidmat untuk suami saya. Satu kenyataan yang dahsyat dan ia membuatkan saya terfikir bagaimana Presiden MCA boleh mengungkapkan kenyataan sebegini yang merendahkan martabat seorang pemimpin wanita dengan tidak memeriksa semula kenyataan berkenaan.

Chua Soi Lek... jangan jadi terlalu kejam. Kamu sepatutnya tidak membiarkan atau membenarkan parti kamu menyebar dan mencetak penipuan terhadap suami saya mempunyai hubungan rahsia dengan seorang bekas kakitangannya dan saya menyerang beliau - untuk memusnahkan reputasi keluarga dan menjejaskan anak-anak saya. Kamu mempunyai keluarga juga. Saya pasti bahawa keluarga kamu sudah melalui suatu masa yang sukar apabila kamu mengaku kepada umum mengenai hubungan sulit dan kemudian meletak jawatan sebagai menteri. Jangan jadikan keluarga lain melalui juga keadaan sama dan tambahan pula tiada kebenaran terhadap penyebaran penipuan tersebut.

Sebagai seorang wanita, saya menyimpan harapan dengan menggesa isteri Chua Soi Lek supaya menghentikan kekejaman daripada suaminya. Beliau mungkin telah memaafkan kekejaman lampau suami(nya) terhadapnya, namun beliau patut menasihati suaminya bahawa semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Chua kerana membenarkan MCA meneruskan kekejaman penipuan sebegini terhadap seorang wanita yang tidak bersalah dan keluarganya.


* Betty Chew Gek Cheng, ADUN Kota Laksamana & isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional