http://drboochenghau.blogspot.com/
Ucapan oleh Dr. Boo Cheng Hau di Konsert Malam Ubah sempena pelancaran lagu PRU 13 DAP, anjuran Pemuda DAP Johor di Cathay 88 Restaurant, Taman Molek, Johor Bahru pada hari Jumaat, 13hb July 2012: Mencabar Tan Sri Muhyiddin untuk berbahas Saya ingin menyokong seruan PKR baru-baru ini bagi Pakatan Rakyat berdebat dengan UMNO terhadap isu-isu komuniti kaum India selain daripada MIC kerana UMNO dikatakan penyebab masalah-masalah komuniti berkenaan. Saya percaya bahawa kita tidak sepatutnya mempraktikkan " tribalisme" di mana UMNO mewakili Meleyu, MIC India dan MCA Cina semata-mata. Negara kita tidak akan mencapai perpaduan sejati jika parti-parti politik masih ditubuhkan berasakan kaum masing-masing. Oleh itu, saya mencadangkan debat di antara DAP Johor dan UMNO Johor supaya UMNO juga dapat membuktikan ianya bukan suatu parti untuk Melayu semata-mata bahkan UMNO berkebolehanan memperbahaskan isu-isu komuniti etnik lain. DAP Johor sentiasa bersedia berbahas berkenaan masalah dan inspirasi mana-mana lapisan masyarakat di Negara ini sebab DAP berazam mewakili semua warga dan lapisan masyarakat Malaysia. Saya percaya debat yang dicadangkan di antara UMNO dan DAP Johor terhadap permasalahan komuniti India Johor akan memberikan pletform yang sesuai untuk dua-dua parti DAP dan UMNO untuk membuktikan mereka mewakili semua rakyat Malaysia. Saya juga ingin memberikan maklum balas terhadap kempen oleh pihak tertentu bahawa saya adalah "rasis" dan "tidak ingin membantu masyarakat India di Negeri Johor". UMNO dan BN sebagai keraajn kini adalah punca permasalahan sisio-ekonomi komuniti India di Negeri Johor. Sebenarnya saya dimaklumkan sesetengah ahli politik adalah dalng belakang skandal ubah syarat tapak SJK(T) Kangkar Pulai kepada tapak stesyen minyak sebelum ini. Saya tidak meminta sebarang balas budi daripada mana-mana pihak khasnya komuniti India setempat bahkan pendidikan dan pembelajaran bahasa ibunda mereka adalah hak asisi mereka terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya cuma menjalankan tugasan sebagai seorang wakil rakyat untuk semua warga Malaysia bila saya membawa isu-isu permasalahn rakyat dalam Dewan Negeri. Di sebaliknya, fakta sebenarnya adalah tapak SJK(T) Kangkar Pulai diubah syarat semula dari tapak stesyen minyak kepada tapak sekolah selepas saya membangkitkan isu berkenaan dalam persidangan Dewan Negeri Johor. Oleh itu, adalah lebih sesuai untuk saya berbahas dengan bekas Menteri Besar Johor dan Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap masa depan komuniti etnik minoriti India Negeri Johor. Malahan saya ingin memperbahaskan sama ada pinjaman RM 600 juta daripada kerajaan persekutuan semasa beliau menjawat Menteri Besar Johor sehingga 1995 dapat dibelanja secara lebih berhemah untuik memajukan bekalan air di Negeri Johor. Pinjaman berkenaan telah menelan lebih kurang separuh hutang awam kerajaan Negeri Johor sejumlah RM 1.3 bilion pada tahun 2010. Pada waktu ini, kerajaan Johor terpaksa menjual aset SAJ Holdings Berhad kepada Pengurusan Aset Air Berhad, anak syarikat Kementerian Kewangan, untuk menjelaskan hutang awam Kerajaan Negeri. Saya mengalu-alukan Tan Sri Muhyiddin untuk berbahas berkenaan topik sama ada kewangan Negeri Johor dapat diuruskan dengan lebih baik khasnya syarikat berkaitan kerajaan negeri termasuk Johor Corp, dan pembubaran Dana Johor dan Amanah Saham Johor. * Dr. Boo Cheng Hau, DAP Johor State Chairman & SA for Skudai
|