red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 4hb Julai 2012: 

Adakah BN berani untuk mengamalkan urus tadbir CAT untuk mengatasi rasuah dan mengamalkan perubahan berorientasikan pasaran? 

BN mesti mengamalkan pendekatan inovatif yang berani untuk mengatasi masalah rasuah dan meluluskan pembaharuan berorientasikan pasaran berdasarkan cadangan Ketua CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi. Ini berikutan pengakuan mengejutkan oleh Nazir dalam satu wawancara Financial Times bahawa masih tidak cukup usaha sama ada untuk menghapuskan rasuah dan meluluskan pembaharuan yang berorientasikan pasaran yang akan menjejaskan usaha Malaysia untuk melepaskan diri dari perangkap negara berpendapatan sederhana menjelang tahun 2020.

Nazir telah mencadangkan supaya pengampunan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam rasuah kecil seperti yang telah dilakukan di Hong Kong; kurangkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan, baik dari segi birokrasi tetapi juga dari segi penglibatan secara langsung. Mungkin Nazir merujuk kepada kerugian syarikat berkaitan kerajaan atau GLC yang terdiri daripada MAS kepada Proton.

Walaupun beberapa idea ini boleh mencetuskan kontroversi, pendekatan baru yang inovatif yang berdasarkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan atau CAT adalah penting. Sebagai contoh urus tadbir CAT Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan bajet tahunan dan rekod 95% pengurangan hutang dari RM630 juta kepada RM30 juta.

Pada masa yang sama, terdapat urus tadbir yang bersih melalui pelaksanaan tender terbuka yang berdaya saing, pendedahan sepenuhnya kontrak kerajaan dengan sektor swasta, pengisytiharan aset semua ahli EXCO termasuk Ketua Menteri dan enakmen Akta Kebebasan Maklumat yang menjamin hak menyampaikan maklumat.

Kegagalan teruk BN untuk menentang rasuah telah menyebabkan Nazir menyatakan isu ini yang akan menghalang kemajuan Malaysia. BN bukan sahaja tidak mengamalkan urus tadbir CAT, malah, telah diselubungi dengan projek perbelanjaan yang kurang telus dan mewah. Ini termask projek pertanian seperti projek RM250juta National Feedlot Centre yang gagal mengurangkan import daging lembu dan pembelian kapal selam dan bot peronda tentera laut yang melibatkan berbillion-billion ringgit.

Kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah oleh Transparency International telah menurun dari nombor 37 pada tahun 2003 kepada 60 daripada 183 negara pada tahun 2011 - di antara Arab Saudi dan Cuba. DAP sanggup untuk mempertimbangkan pendekatan bi-partisan untuk membantu dalam usaha untuk memerangi rasuah bersama BN, dengan syarat bahawa BN berani untuk melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing, pengisytiharan aset oleh menteri-menteri dan enakmen Akta Kebebasan Maklumat.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional