red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Jumaat, 6hb Julai 2012: 

Presiden MCA Chua Soi Lek boleh buktikan keberanian dan politik bermoralnya dengan mengulangi penipuan MCA  

Kesombongan Presiden MCA Chua Soi Lek terhadap keberanian dan politik bermoralnya mengingatkan saya tentang kisah kanak-kanak mengenai seekor musang yang kehilangan ekornya mahu musang-musang lain untuk memotong ekor sama seperti dia. Walau bagaimanapun, rancangan musang tersebut gagal apabila semua musang lain enggan mengikut cadangannya.

Sama seperti Chua Soi Lek dan kempen fitnah MCA dengan pembohongan dan cubaan membunuh karektor peribadi terhadap saya dan isteri saya yang mana ia merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung salah laku seksual, walau pun Chua dan pemimpin-pemimpin MCA tidak dapat memberikan bukti. Tiada siapa yang mahu ekornya dipotong dan menjadi seperti Chua Soi Lek, musang tanpa ekor.

Rata-rata rakyat Malaysia kini tahu siapa dalang di sebalik pembohongan terhadap saya ini. Walau bagaimanapun ini bukanlah untuk sedapkan hati keluarga dan anak-anak saya, saya dan isteri sangat marah kerana mereka terpaksa berdepan dengan trauma ekoran pembohongan tersebut.

Seperti saya mahu melindungi anak-anak saya daripada pembohongan, Chua atau Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo tidak harus berselindung di sebalik keistimewaan Parlimen atau Dewan undangan Negeri tetapi nyatakannya di hadapan khalayak ramai supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini di mahkamah.

Kegagalan MCA untuk berbuat demikian hanya membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin MCA adalah tidak bermoral dan kurang ajar atau biadap kerana sanggup menyebarkan pembohongan jahat yang boleh memusnahkan keluarga hanya untuk kepentingan politik mereka. Pemimpin- pemimpin MCA sama ada Chua atau Gan boleh menyaman saya kerana memanggil mereka ˇ°kurang ajarˇ± tetapi saya sangsi mereka berani kerana mereka tidak berani mengulangi pembohongan terhadap saya dan isteri.

Chua Soi Lek boleh buktikan keberanian dan politik bermoralnya dengan mengulangi pembohongan MCA bahawa saya mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya telah menyerang wanita tersebut semasa debat pada 8 Julai 2012 (Ahad) ini. Saya tidak akan menjawabnya tetapi akan menyamannya di mahkamah atas tuduhan fitnah untuk membuktikan setelah dan semua itu bahawa Lim Guan Eng bukan seperti Chua Soi Lek.

Saya tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan Parlimen untuk menyerang Chua secara peribadi di Parlimen atas salah laku skandal moralnya. Juga saya tidak pernah menggunakan perdebatan awam yang pertama dalam bahasa Mandarin dahulu untuk merujuk kepada pita video seks Chua. Saya tidak berhasrat untuk berbuat demikian pada hari Ahad ini dan saya tidak akan bertindak balas jika Chua mengulangi pembohongan beliau terhadap saya di hadapan semua rakyat Malaysia tetapi akan memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah. Chua harus menjelaskan dan menunjukkan bukti yang isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya atau pun saya seperti dia, musang tanpa ekor.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional